Che Ta Sedar Ada Pihak Mula Pertikai Kemewahannya

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 5:45 AM

Rozita Che Wan

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Pelakon Rozita Che Wan menyedari terdapat segelintir pihak  yang mempertikaikan kemewahannya lebih-lebih lagi melihat dia kerap melancong ke luar negara selain memakai pakaian dan beg jenama mewah.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 42, berkata, pertikaian itu semakin menjadi bualan lebih-lebih lagi dia tidak aktif dalam kerjaya seni sejak akhir-akhir ini.

"Biasalah mulut orang. Padahal ramai yang tahu  saya turut sibuk dengan perniagaan saya. Itu adalah sumber  pendapatan utama.

"Setakat ini saya menjalankan sebanyak empat jenis perniagaan iaitu syarikat produksi, bidang fesyen menerusi label Padusi, minyak wangi (Precious dan Gorgeous) dan tak lama lagi produk kecantikan pula," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada majlis pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk Rysya di Ruang, di sini pada Khamis.

Rozita Che Wan (tengah) ketika pelantikannya sebagai duta produk jenama Rysya.

Selain Rysya, Rozita turut dilantik sebagai duta kepada 11 produk yang antaranya Logivite, Jakel, Tropika, stroler Mini Cooper, Idola dan sebuah lagi jenama perabot yang akan diumumkan kemudian.

Malah sebelum ini Rozita tuurt menghadiahkan anak sulungnya Ammar Effendy sebuah kereta mewah BMW kerana pencapaian baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Sementara itu, Rozita memberitahu dia masih memerima pelbagai tawaran namun tidak mempunyai masa untuk menerimanya memandangkan tempoh penggambaran menuntut masa yang lama.

Rozita akan memilih tawaran tersebut sekiranya watak yang  diberi berbeza dengan lakonannya sebelum ini, namun tetap memilih perniagaan sebagai kerjaya utama.

"Saya fikir macam ni, jika berlakon saya raih pendapatan kira-kira RM70,000 sebulan. Tetapi dengan perniagaan, saya boleh buat sehingga RM200,000 sebulan.

"Jadi saya fikir, lebih baik berniaga sendiri dan saya pun puas hati apabila penat lelah kita bersengkang mata sampai ke pagi berhasil.

"Berbeza dengan kerjaya lakonan. Tetapi lakonan memberi populariti di mana ia boleh membantu meningkatkan perniagaan yang dijalankan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Che Ta , Rozita Che Wan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan