Zara Zya Enggan Dikongkong Bawah Syarikat Pengurusan

Diterbitkan: Khamis, 1 Oktober 2015 6:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zara Zya memberitahu dia menolak tawaran sebuah syarikat pengurusan artis popular baru-baru ini kerana enggan terkongkong dengan jadual yang diatur syarikat berkenaan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, biarpun tawaran yang diberikan memberi faedah kepada kedua-dua pihak, namun dia lebih selesa mengurus kerjayanya sendiri tanpa melibatkan banyak pihak.

"Saya ditawarkan untuk bernaung di bawah sebuah syarikat pengurusan artis popular, namun terpaksa saya tolak dengan baik kerana buat masa ini saya fikir ia tidak perlu.

"Kalau jadual saya diatur oleh orang lain tentu mereka tidak tahu bila masa saya ingin berehat dan ia akan menjadikan saya seperti dikongkong serta buat perkara yang saya tidak suka," ujarnya kepada mStar Online.

Zara berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem pertamanya iaitu Rembat di Cineleisure, di sini.

Zara Zya

Jelas Zara, dia lebih suka menguruskan hal berkaitan tawaran filem atau drama itu sendiri daripada melalui pihak ketiga.

Dalam pada itu, ditanya tentang kerjayanya yang kurang mendapat tempat di filem berbanding drama televisyen, Zara berkata, kebanyakan tawaran filem datang ketika dia sibuk dengan penggambaran drama.

Katanya, perkara tersebut membuatkan dia tidak dapat menerima tawaran itu walaupun mengetahui filem tersebut mempunyai potensi yang baik dan mampu mengukuhkan namanya dalam industri.

"Saya bukan tidak ada tawaran filem tapi kebanyakan tawaran yang datang pada waktu yang salah iaitu ketika jadual saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya anggap ia seperti ujian, bila sibuk penggambaran banyak tawaran datang dan bila saya tidak buat apa-apa, tiada pula tawaran," ujarnya.

Sementara itu, Zara mengakui lega apabila filem yang menjalani penggambaran dua tahun lalu akhirnya mendapat tarikh tayangan pada 8 Oktober depan.

"Akhirnya dapat juga saya menjawab pertanyaan peminat-peminat saya yang tidak habis-habis bertanya tentang tarikh tayanyan filem ini.

"Mereka tahu saya berlakon filem kerana saya sering muat naik di Instagram ketika penggambaran dulu, itu yang mereka tanya bila filem nak keluar. Lagi pula peminat saya teruja nak lihat lakonan saya di layar lebar," ujarnya.

Zara membawa watak Azira dalam filem Rembat dan bergandingan dengan pelakon-pelakon polular iaitu Shaheizy Sam, Aniu dan Zizan Razak.
Tags / Kata Kunci: Zara Zya , Rembat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan