Ammar Alfian Menyesal Lakar Tatu Selepas Putus Cinta - Berita Hiburan | mStar

Ammar Alfian Menyesal Lakar Tatu Selepas Putus Cinta

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 8:00 PM

Ammar Alfian

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Ammar Alfian akhirnya menyesali perbuatan lampaunya iaitu melakar tatu dari paras dada sehingga ke lengan bahagian kanan badannya.

Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz, 28, berkata dia melakukan perbuatan itu selepas putus cinta dengan aktres Puteri Sarah beberapa tahun lalu kerana kecewa.

"Bagaimanapun saya menyesal dan ia satu kesilapan yang pernah saya lakukan sebelum ini," katanya kepada mStar Online.

Ammar ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) di Hotel Royale Chulan di sini, Rabu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakannya yang menayangkan tatunya secara terbuka di Instagram, Ammar berkata, dia tidak mahu berpura-pura dengan peminatnya.

Ammar dengan imej tatunya. Foto dari Instagram Ammar.
Jelas Ammar lagi, tindakannya itu bukan bererti dia seorang yang jahat dan hanya ingin menjadi dirinya sendiri.

"Bukan ingin menunjuk-nunjuk atau pun tidak peka terhadap keadaan sekeliling tetapi tidak mahu berpura-pura.

"Ia juga bukan bererti saya seorang yang jahat hanya kerana bertatu," jelasnya.

Sementara itu, Ammar berkata, dia berhasrat untuk membuang tatu berkenaan tetapi bimbang ia akan meninggalkan parut.

Bagaimanapun kata Ammar, ada pihak menyarankannya untuk melakukan pembuangan tatu secara laser di Amerika Syarikat memandangkan teknologi di negara itu lebih canggih dan tidak meninggalkan parut.

"Saya hendak buang tetapi jika saya buat di sini teknologi laser yang ada akan meninggalkan parut dan pernah bertanya di hampir lima buah klinik berhubung proses pembuangan tatu.

"Ada menyarankan saya untuk membuat proses itu di luar negara tetapi ia menelan kos yang tinggi. Mungkin bukan sekarang tetapi saya akan buang satu hari nanti," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Ammar berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama Hello Mr Perfect dan bakal muncul dalam filem Langit Cinta pada tahun hadapan.

Tags / Kata Kunci: Ammar Alfian
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan