Aliff Aziz Bertunang Disember Ini, Kahwin Tahun Depan

Diterbitkan: Isnin, 28 September 2015 5:45 AM

Aliff bersama kekasihnya, Bella.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz  sudah memilih tarikh untuk mengadakan majlis pertunangannya dengan Bella Astilla iaitu pada 12 Disember depan.

Aliff atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, 25, berkata, keluarganya ketika ini sedang sibuk menguruskan persiapan majlis pertunangannya selain keterujaan dia untuk menantikan hari bahagia tersebut.

"Saya akan bertunang pada 12 Disember ini. Tarikh itu dipilih memandangkan angkanya iaitu 12.12.2015 nampak cantik. Tambahan pula ia jatuh pada hari Sabtu.

"Insya-Allah pertunangan ini akan diikat selama setahun dan kemudian kami akan melangkah ke fasa perkahwinan pula," katanya kepada mStar Online.

Bella merupakan penuntut di Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) dalam bidang penyiaran dan juga kakak kepada penyanyi Didi Astilla.

Sementara itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jangan Ganggu Pacarku ini tidak peduli dengan kritikan orang ramai yang menganggap foto mesranya bersama Bella di Instagram dikatakan terlalu intim seperti pasangan suami isteri.

Katanya, kebanyakan gambar yang dimuat naik di Instagram dianggap tidak berlebih-lebihan dan menyifatkan komen-komen yang diberikan itu sekadar pendapat seorang peminat.

"Apabila orang komen kami dilihat seperti suami isteri, saya senyum sahaja.

"Saya dan pasangan masih tahu batasan yang perlu dijaga. Kami masih lagi ada ibu bapa yang perlu dijaga hati mereka.

"Gambar yang dimuat naik sekadar perkongsian dengan peminat dan bagi saya, semua orang berhak memberi pendapat masing-masing," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aliff juga bakal melancarkan album terbaharu berjudul Rebirth pada Disember depan.

Album tersebut memuatkan sebanyak lapan buah lagu antaranya Coba, Selayaknya Aku, Novela dan Setelah Kau Pergi.

Tags / Kata Kunci: Aliff Aziz

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan