Sangkal Bercinta Dengan Zul Ariffin, Instagram Zahirah MacWilson Digodam

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 5:30 AM

Zahirah MacWilson menyangkal dakwaan dia dan aktor Zul Ariffin mempunyai hubungan istimewa. Foto THE STAR/RAYMOND OOI.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Zahirah MacWilson menyangkal dakwaan kononnya dia mempunyai hubungan istimewa dengan aktor Zul Ariffin selepas gambar mesra mereka di sebuah pusat beli-belah tersebar.

Zahirah, 20, berkata, hubungannya dengan Zul sekadar rakan biasa selepas sama-sama terlibat dalam drama Mr London Ms Langkawi sebelum ini.

"Saya sebenarnya tidak mengetahui mengenai perkara ini sehingga ada meminta komen saya dan sudah tentu saya terkejut.

"Ini kerana saya dan Zul hanya rakan biasa dan kami berjumpa pun secara kebetulan selain tidak berbual panjang pun ketika berjumpa tempoh hari," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

Gambar Zahirah dan Zul yang tersebar.

Tambah Zahirah, pertemuan itu berlaku di pusat beli-belah One Utama di sini ketika dia sedang berjalan-jalan dan terserempak dengan Zul yang baharu sahaja keluar dari pusat kecergasan.

"Saya tidak tahu apa niat individu tersebut mengambil gambar curi kami dan menyebarkannya tetapi hubungan kami memang sekadar kawan biasa sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Zahirah mendedahkan akaun Instagram miliknya telah digodam pada pagi Sabtu namun tidak mengetahui sama ada ia ada kaitan dengan gosip yang diperkatakan tentangnya pada hari sama.

"Saya sebenarnya tertekan dan sedih Instagram saya digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tidak tahu adakah ia berkaitan dengan gosip itu atau sebaliknya.

Akaun Instagram Zahirah turut digodam.

"Bagaimanapun saya fikir positif sahaja dan menganggap ia lumrah biasa sebagai seorang artis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Zahirah berkata, dia kini sedang sibuk dilokasi penggambaran drama bersiri terbaharu iaitu Cik Cinderella & Encik Tengku bergandingan dengan Shukri Yayha.

Tags / Kata Kunci: Zahirah MacWilson , Zul Ariffin

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan