Guna Kata Nama Khas IR, Penyanyi Baharu iR Radzi Bukan Jurutera

Diterbitkan: Sabtu, 26 September 2015 5:30 AM

iR Radzi akui kurang aktif media sosial.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu yang dikenali dengan lagu Sempurna Waktu, iR Radzi menjelaskan gelaran iR pada awal namanya bukan membawa maksud dia seorang jurutera.

iR Radzi atau nama sebenarnya Mohamad Shah Riadzi, 32, berkata, nama tersebut merupakan panggilan yang digunakan oleh keluarga terdekat.

"Ejaan nama saya iR (huruf i kecil) bukan Ir yang digunakan untuk gelaran jurutera profesional, saya tidak mahu ada yang salah sangka saya seorang jurutera.

"Gelaran iR itu adalah panggilan nama oleh bapa saya daripada kecil yang melekat sampai sekarang," ujarnya kepada mStar Online.

iR Radzi berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kerjayanya yang dikatakan seorang jurutera profesional apabila menggunakan kata nama khas Ir pada awal namanya.

Dalam pada itu, iR Radzi menjelaskan dia mempunyai kerjaya sendiri iaitu syarikat pengurusan acara yang sudah beroperasi sebelum bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, katanya, dia terpaksa memperlahankan bisnes itu bagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerjaya sebagai penyanyi.

"Saya mempunyai syarikat sendiri yang berkaitan pengurusan acara yang beroperasi di Sarawak sebelum saya jadi penyanyi lagi.

"Namun, sekarang terpaksa kurangkan aktiviti syarikat kerana banyak habiskan masa di Kuala Lumpur bagi memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang populariti lagu nyanyiannya Sempurna Waktu labih dikenali berbanding dirinya, iR Radzi menyedari hal itu dan menganggap perkara itu kerana dia kurang aktif di media sosial.

"Dulu saya banyak habiskan masa di Sarawak dan jarang datang ke Kuala Lumpur untuk promosikan lagu itu, mungkin sebab itu juga menjadikan saya kurang dikenali.

"Selain itu, saya juga tidak berapa aktif di media sosial membuatkan ramai yang sangka lagu itu nyanyian penyanyi Indonesia," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, dia juga dalam proses menyiapkan album mininya yang memuatkan lima lagu hasil ciptaannya dengan beberapa komposer antaranya Audi Mok dan komposer dari Indonesia, Bambino. 


Tags / Kata Kunci: iR Radzi

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan