Bront Palarae Minta Peminat Sokong Dua Filemnya Di Pawagam

Diterbitkan: Jumaat, 25 September 2015 4:00 AM

Bront Palarae

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Bront Palarae meminta peminat-peminat agar memberi sokongan terhadap kedua-dua filem lakonannya iaitu Jwanita dan Girlfriend Kontrak yang dikeluarkan pada tarikh yang sama iaitu 24 September.

Bront berkata, kedua-dua filem tersebut daripada genre berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri yang perlu ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat-peminatnya.

"Dua filem ini saya mempunyai kekuatan tersendiri, Jwanita genre psiko seram, manakala Girlfriend Kontrak pula lebih ringan dan sesuai untuk semua lapisan umur.

"Saya harap peminat-peminat saya beri sokongan dan datang melihat lakonan saya pada dua-dua filem yang ditayangkan pada masa sama ini," ujarnya.

Bront berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Girlfriend Kontrak, di Cinelesure, baru-baru ini.

Bront bersama Fara Fauzana dan Risteena Munim.

Dalam pada itu, Bront yang memeggang watak Zain dalam filem Girlfriend Kontrak menberitahu dia diberi kebebasan untuk memberi idea bagi menghidupkan wataknya.

Kata Bront, dia turut mencipta sendiri punch line 'mencari jodoh' sebagai elemen jenaka yang diingati dalam filem tersebut.

"Perkataan mencari jodoh itu merupakan idea saya sendiri, ketika penggambaran itu saya fikir perkataan itu dilagukan dan sesuai diselitkan dalam adegan tertentu.

"Tidak sangka pula ia berjaya perkataan yang diingati oleh penonton," ujarnya.

Filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular lain seperti Keith Foo, Ristina Muneem, Fara Fauzana, dan Azad Jazmin.

Girlfriend Kontrak arahan pengarah berasal dari Australia Viginia Kennedy, mengisahkan tentang seorang wanita bernama Alisa yang dilakonkan oleh Risteena Munim yang berhijrah ke bandar untuk menyelamatkan kelip-kelip yang terancam.

Dalam usaha tersebut, Alisa berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila sering diganggu dengan niat jahat daripada Farrah (Fara Fauzana) dan Zain.

Filem ini ditayangkan bermula 24 September di seluruh pawagam tanah air.

Tags / Kata Kunci: Bront Palarae

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan