Giliran Siti Nurhaliza Buat IG Review

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 4:30 AM

Datuk Siti Nurhaliza. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Selepas ramai selebriti membuat perkhidmatan 'Instagram (IG) Review' bagi membantu peniaga-peniaga online tempatan, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin turut terbuka melakukan servis berkenaan di akaun laman sosial miliknya itu.

Siti, 36, bagaimanapun berkata, perkhidmatan itu akan diuruskan oleh syarikat anak tirinya, Ashraf Khalid iaitu A Klasse Management Sdn Bhd dengan bayaran yang ditetapkan.

"Saya memang tidak pernah buat 'IG Review' sebelum ini. Setakat meletakkan nama peniaga online yang memberi hadiah seperti tudung atau baju di IG adalah, tetapi jarang.

"Lagipun sekarang ini ramai artis yang membuat 'IG Review' dengan mengenakan caj bayaran, sekarang saya pula mengikut jejak mereka.

"Cuma saya tak payah fikir nak taip apa. Semuanya disediakan pihak A Klasse dan saya hanya memuatnaik di IG sahaja," katanya.

Siti Nurhaliza dan Asyraf Khalid.

Siti ditemui pada majlis ulang tahun pertama penubuhan syarikat A Klasse di kediaman penyanyi itu di sini pada malam Selasa lalu.

Penyanyi lagu Mikraj Cinta itu juga merupakan artis naungan syarikat berkenaan yang hanya berkaitan hal pengiklanan di media sosial.

Tambah Siti, dia juga menyifatkan perkhidmatan tersebut adalah situasi berbentuk menang-menang bagi peniaga yang mahu melonjakkan jualan mereka menerusi selebriti yang mempunyai jumlah pengikut di laman sosial yang ramai.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Siti berkata, berkemungkinan besar, perancangan mengadakan konsert muzikal pada November ini di Istana Budaya akan ditangguhkan.

Ini kerana, sehingga kini masih belum ada mana-mana pihak yang ingin menaja konsert berkenaan. Namun terdapat tawaran lain daripada sebuah syarikat yang ingin menganjurkan konsert untuknya pada Disember ini di lokasi yang berbeza.

"Susah nak cakap tentang perkara ini. Jika rancangan mengadakan konsert muzikal saya tidak jadi, perlu tukar ke rancangan lain. Saya buat apa yang ada dulu.

"Tambah pula tarikh konsert pada Disember ini dengan konsert muzikal begitu dekat. Mungkin ia akan ditangguh atau mungkin saya akan memendekkan jumlah hari persembahan. Saya belum membuat keputusan lagi. Jika semuanya sudah diputuskan saya akan mengumumkan perkara ini kelak," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan