Sheila Majid Sertai 'Presidents Star Charity 2015'

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 12:43 PM

Sheila Majid

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Ratu jazz negara Datuk Sheila Majid adalah antara selebriti serantau yang akan membuat persembahan pada acara Presidents Star Charity 2015 (PSC2015).

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen Singapura, Channel 5 pada 18 Oktober ini.Acara dua jam itu akan menampilkan barisan bintang dan dikendalikan oleh pelakon pentas dan televisyen Chua Enlai dan deejay Class 95FM, Jean Danker.

Selain Sheila, turut membuat persembahan adalah penyanyi veteran Rahimah Rahim, Aisyah Aziz, Jack  and  Rai, ShiGGa Shay, Lorong Boys, iNCH Chua, Shabir and Benjamin Kheng dari The Sam Willows.

Bertemakan Be their hero, change the world, acara tahun ini akan turut menampilkan kisah waris, badan amal dan mereka yang menyumbang masa dan tenaga bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Siaran ulangan akan disiarkan di Channel 5 pada 24 Okt. Semua kutipan daripada acara itu akan disalurkan kepada 86 rumah kebajikan yang disokong PSC2015.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Sheila Majis

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan