Asyraf Datuk K Tubuh A Klasse Bukan Mahu Popular

Diterbitkan: Khamis, 24 September 2015 3:30 AM

Asyraf bersama Siti Nurhaliza. Foto CHAN TAK KONG

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, 23, berkata penubuhan syarikat pengurusan artis iaitu A Klasse Management Sdn Bhd buka kerana mahu meraih populariti.

Asyraf berkata, syarikat tersebut ditubuhkan kerana minat yang mendalam di bidang pengurusan dan menyifatkan dunia seni tempatan adalah bidang sesuai dalam menonjolkan kredibilitinya.

"Populariti tidak membawa maksud apa-apa bagi saya. Yang penting cara kita membawa kredibiliti di dalam perniagaan kita.

"Saya mahu konsep menang-menang dalam perniagaan di mana ia menguntungkan di pihak saya dan artis naungan kami sendiri," katanya kepada mStar Online.

Seramai 11 selebriti berada di bawah naungan syarikat tersebut termasuk lima artis popular iaitu Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Nabil Ahmad, Fara Fauzana serta Siti Nurhaliza.

Enam artis lain naungan A Klasse adalah Sharifah Sakinah, Nad Zainal, Eyka Farhana, Ummi Nazeera, Eain Salleh dan Aedy Asyraf.

Penyanyi Indonesia yang juga tunang kepada Asyraf iaitu Tya Ariffin turut berada di bawah naungan syarikat itu.

Sementara itu, Asyraf berkata, dia juga mengubah cara kerja dalam syarikatnya di mana setiap pekerja wajib masuk kerja seawal 7 pagi setiap hari.

"Saya percaya memulakan kerja seawal 7 pagi mampu memberi energi yang berbeza. Dan balik pula dalam pukul 5 petang. Itu adalah rutin kami.

"Tetapi kami tidaklah terperap dalam pejabat sentiasa. Ada masanya kami keluar mencari klien," ujarnya.

A Klasse merupakan sebuah syarikat pengurusan artis yang turut melakukan servis pengiklanan di laman sosial.

Servis pengiklanan tersebut dibuka kepada peniaga dalam talian untuk mempromosikan perniagaan masing-masing di Instagram artis naungan A Klasse dengan bayaran tertentu.

Tags / Kata Kunci: Asyraf Khalid

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan