Nana Mahazan Komen Dituduh Syok Sendiri Kendalikan 'Dairi AF 2015'

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 5:45 AM

Nana Mahazan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Nana Mahazan menjelaskan cara penyampaian dan fesyen yang digayakan dalam rancangan Diari AF 2015 adalah berdasarkan konsep yang ditetapkan pihak produksi.

Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 32, berkata, dia diminta untuk membawa program tersebut mengikut perwatakan sebenarnya dan bukan syok sendiri seperti diperkatakan segelintir pihak.

"Cara penyampaian saya untuk Dairi AF mengikut arahan pihak produksi yang mahu saya jadi diri sendiri. Kalau saya syok sendiri atau over sudah tentu pihak produksi terlebih dahulu akan tegur dan minta saya perbaikinya," ujar Nana kepada mStar Online.

Nana diminta mengulas tentang pendapat segelintir pengikut Instagram miliknya yang menganggap pengacaraan dia dalam Diari AF 2015 keterlaluan. Dia juga dikritik kerana berpakaian tidak bersesuaian dengan program tersebut.

Nana jelaskan fesyen pakaiannya ditetapkan oleh perunding imej produksi.

Nana mengacarakan program Diari AF 2015 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Jelas Nana, mereka memberi komen negatif kerana tidak tahu tentang cara kerja disebalik tabir sesuatu program.

"Mereka komen sebab mereka tidak faham tentang cara kerja kita di belakang tabir yang mana sesuatu keputusan tentang pakaian dan konsep ditentukan mengikut perbincangan kumpulan produksi.

"Kadang-kadang saya balas komen mereka supaya mereka faham tentang perkara itu. Saya berpakaian begitu adalah mengikut tema yang diberikan setiap minggu dan digayakan oleh perunding fesyen," ujarnya.

Selain itu, Nana juga meminta agar peminat tidak membandingkan cara pengacaraannya dengan pengacara yang lain.

Jelasnya, setiap pengacara mempunyai cara penyampaian tersendiri mengikut konsep dan program yang dikendalikan.

"Ada juga yang banding-bandingkan cara saya dengan pengacara lain dan sudah tentu setiap pengacara ada identiti dan cara mereka sendiri.

"Namun, saya faham kita tidak boleh puaskan hati semua pihak, zaman ini semua orang boleh beri pendapat masing-masing secara terbuka," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Nana Mahazan , AF 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan