Konsert Suria FM 'Bah Kalau Kau' Di KK Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 12:32 AM

Barisan penyampai Suria FM turut memeriahkan konsert yang bakal diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada 25 September ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suria FM Sabah bakal menghimpunkan barisan artis tempatan dalam sebuah konsert iaitu 'Suria FM Bah Kalau Kau' yang akan diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu (KK) pada Jumaat ini.

Pengurus Operasi Suria FM Sabah, Ivy Stanislaus berkata, konsert berkenaan diadakan sempena acara Borneon Run 2015 yang diadakan pada hari berikutnya iaitu Sabtu.

"Konsert ini bakal menghimpunkan artis-artis tempatan terbaik Sabah yang cukup berbakat bagi mewarnai hujung minggu pengunjung bersempena dengan Borneon Run 2015 yang diadakan sehari selepas acara itu.

"Kami jemput semua penduduk di Sabah serta peminat artis untuk sama-sama memeriahkan 'Suria FM Bah Kalau Kau' .  Masuk adalah percuma," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar Online di sini pada Isnin.

Konsert Suria FM Bah Kalau Kau akan diadakan pada 25 September ini.

Konsert yang bakal bermula pada pukul 8 malam itu bakal menggabungkan artis tempatan seperti penyampai segmen Ceria Pagi Sabah yang juga pemenang kedua Akademi Fantasia 4, Dudu Lotter, penyampai segmen Santai Petang, Rey Kimara yang juga juara Bintang RTM 2007, Felix Agus, Esther Appulinius, Apprilissa Sue-Ann, Francis Landong, Tian Loong dan Nobita (BeatBox).

Ia akan dihoskan oleh penyampai Suria FM, Farish Aziz.

Dalam pada itu, Ivy berkata, pada konsert itu nanti pengunjung turut berpeluang beramah mesra dengan penyampai Suria FM Sabah selain memenangi hadiah menarik.

Borneon Run 2015 merupakan larian bertemakan keseronokan bagi meraikan warisan dan kebudayaan negeri Sabah dan bandar Kota Kinabalu bakal diterangi cahaya neon sepanjang laluan larian.

Ia adalah acara pertama seumpamanya dianjurkan di Kota Kinabalu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan