Lagu Cepat Popular Mudahkan Sissy Imann Dikenali Ramai

Diterbitkan: Ahad, 20 September 2015 5:00 AM

Sissy Imann

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi baharu Sissy Iman menyifatkan populariti yang diraih menerusi single lagu Mungkin Kamu adalah satu bonus dan peluang buatnya dalam mengukuhkan lagi nama untuk dikenali ramai.

Sissy, 19, berkata, namanya mula dikenali mungkin kerana lagu tersebut adalah lagu tema bagi drama bersiri Eksperiman Cinta lakonan Fahrin Ahmad dan Izreen Azminda.

"Lagu Mungkin Kamu dilancarkan pada Januari lalu tetapi baru sekarang popular. Diakui drama Eksperimen Cinta banyak membantu mempopularkan lagu itu.

"Alhamdulillah, saya bersyukur diterima peminat meskipun masih lagi baru dalam industri," katanya.

Sissy Imann
Tambah Sissy, lebih menggembirakan apabila dirinya tercalon dalam Anugerah Planet Muzik (APM) bagi kategori Artis Baru Wanita Terbaik APM2015 yang akan berlangsung pada 9 Oktober ini, di Suntec Singapura.

"Pada saya, pencalonan ini adalah tuah dan penyuntik semangat untuk saya menjadi lebih baik.

"Saya terlalu baru dalam industri dan jujurnya, saya tidak sangka sapat tersenarai dalam Top 5 bagi kategori berkenaan. Apa-apapun, saya tidak mengharapkan apa-apa. Jika ada rezeki, adalah," ujarnya.

Selain Sissy, empat penyanyi lain yang dicalonkan dalam Artis Baru Wanita Terbaik APM2015 ialah Elizabath Tan (Knock Knock), Isyana Sarasvati (Tetap Dalam Jiwa), Nowela (Kehabisan Kata) dan Yurq (Berawal Dari Tatap).

Dalam perkembangan lain, Sissy masih lagi menuntut dalam jurusan Pendidikan Muzik di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas di Cheras, Selangor.

Terdahulu, Sissy pernah muncul menerusi dua single lagu iaitu Benar Ku Tak Bohong dan Entah Apa Rasa.

Tags / Kata Kunci: Sissy Iman

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan