Ziana Zain Beli 30 Majalah Sebulan Rujuk Fesyen Terkini

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 5:30 AM

Ziana Zain. FOTO: S.S.KANESAN

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ziana Zain akan membeli lebih daripada 30 buah majalah tempatan dan antarabangsa setiap bulan semata-mata mahu mengikuti perkembangan fesyen pakaian terkini.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 47, berkata, dia akan mengkaji fesyen tersebut untuk mengaplikasikan rekaan yang disukai pada imej dan penampilannya.

"Kadang-kadang saya membeli majalah sehingga mencecah RM400.

"Saya akan mengkaji fesyen-fesyen terbaru itu dan kemudian meminta pereka fesyen saya mengikut contoh baju disukai. Saya tidak akan minta mereka tiru sepenuhnya, tetapi menginspirasi rekaan baju tersebut," katanya kepada mStar Online.

Pemilik butik Cusry iaitu Putra Aziz (kanan) bersama Ziana Zain (dua dari kiri) dan Lufya (dua dari kanan).

Ziana ditemui pada majlis pelancaran butik baru berkonsep RTW (Ready To Wear) Cosry di NU Sentral di sini pada petang Khamis.

Selain Ziana, aktres Lufya turut hadir pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, kata Ziana, sikap gemar membeli majalah dengan jumlah yang banyak membuatkan suaminya menegur memandangkan kediaman mereka sudah dipenuhi dengan pelbagai majalah.

"Suami sampai bising kerana rumah saya penuh dengan majalah. Oleh kerana itu saya akan membeli majalah dengan banyak ketika musim panas dan sejuk (mengikut cuaca di Eropah) kerana rekaannya yang saya rasa sesuai dengan diri saya," ujarnya.

Sementara itu, Ziana berkata, dia kini sedang bekerjasama dengan sebuah jenama popular iaitu Zatu Emerald  untuk mereka pakaian untuk dipasarkan tidak lama lagi.

Menurut Ziana, dia bersyukur apabila diberi peluang memberi idea dalam menghasilkan pelbagai rekaan fesyen baju memandangkan ia adalah sebahagian daripada minatnya.

"Saya bersyukur apabila diberi peluang berkolaborasi memberikan idea dalam rekaan fesyen label mereka.

"Label itu sudah sediakan material, jadi saya boleh pilih kain jenis apa yang mahu digunakan," tuturnya.

Tags / Kata Kunci: Ziana Zain

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan