Isteri Waris Letak Syarat Enggan Terdedah Di Dunia Hiburan

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 2:00 PM

Waris

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi rap Waris menghormati syarat-syarat yang ditetapkan isterinya Izzati Amirah Kamaruddin, 26, yang enggan terlibat dalam setiap urusan membabitkan industri hiburan.

Waris atau nama sebenarnya Muzammil Alias, 26, berkata, sejak mendirikan rumah tangga pada 1 Ogos lalu, dia terpaksa menolak beberapa tawaran program televisyen dan sesi temuramah yang mahukan mereka berdua.

"Isteri saya sudah beri syarat dia tidak mahu terlibat dalam dunia seni, dia juga minta tidak mahu sebarang liputan media pada majlis perkahwinan kami bulan lalu.

"Selapas kami berkahwin memang ada beberapa program televisyen yang mahu temuramah tapi terpaksa saya tolak dengan baik, begitu juga sesi fotografi akhbar dan majalah.

"Pernah juga segmen pagi Era FM, Johara menghubunginya tetapi tidak dilayan hingga perkara tersebut membuatkan kami bergaduh," ujarnya kepada mStar Online.

Waris berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan peribadinya selepas bergelar suami sejak sebulan lalu. Penyanyi ini dikatakan sengaja mahu merahsiakan perkahwinan tersebut.

Waris hormati pendirian isteri tidak mahu campuri urusan dunia seni.


Waris berkahwin dengan wanita pilihannya Izzaty Amirah Kamaruddin pada 1 Ogos lalu di kediaman wanita tersebut di Seri Kembangan, dekat sini.

Sementara itu, Waris berkata, kehidupannya kini lebih teratur dan dalam proses belajar untuk hidup berumah tangga.

"Alhamdulillah sudah sebulan berkahwin kehidupan saya semakin teratur dan mendapat makanan yang sihat setiap hari.

"Kalau bujang dulu setiap hari saya makan di kedai mamak sahaja, sekarang tidak perlu lagi ke mamak, nasib baik juga isteri saya ini pandai masak," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Waris berkata, dia kini dalam proses mempromosi lagu baharu berjudul Cinta Terakhir bersama Ezad Lazim.

Katanya, lagu berunsur ketuhanan tidak dinyanyikan dalam dialek Negeri Sembilan seperti lagu-lagu nyanyiannya sebelum ini untuk mengelak  pendengar tidak memahami apa yang ingin disampaikan.

"Lagu ini berunsur ketuhanan iaitu tentang khutbah terakhir Nabi Muhammad dan jika saya nyanyi dalam dialek Negeri Sembilan ramai yang tidak faham.

"Lagi pun saya ingin berehat sekejap daripada menyanyi lagu dialek, tunggulah mungkin lepas ini kembali semula dengan lagu-lagu dialek lagi," katanya.
Tags / Kata Kunci: Waris

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan