Tiada Persamaan Produk Syarikat DJ Fuzz & Joe Flizzow

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 5:00 AM

DJ Fuzz (lima dari kiri) bersama para artis yang terlibat dalam album This Is Mixology Music Vol 2. FOTO: BRIAN MOH

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Komposer DJ Fuzz terpaksa menerima kenyataan apabila segelintir pihak membandingkan syarikat rakamannya, Mixologi Music dengan syarikat milik penyanyi hip-hop iaitu Joe Flizzow, Kartel Records.

Fuzz atau nama sebenarnya Farwa De Attaher Emir, 38, berkata, perkara tersebut terjadi apabila hanya dua syarikat rakaman berkenaan sahaja yang memperjuangkan lagu-lagu genre hip-hop di negara ini.

"Apabila dibandingkan dengan Kartel Records milik Joe Flizzow adalah perkara biasa dan selalunya orang luar yang tidak berapa tahu tentang perkembangan industri menganggap kami hasilkan genre yang sama.

"Lagi pula saya dan Joe sama-sama bermula dan dikenali daripada muzik tersebut, cuma yang bezanya Kartel Record lebih tertumpu kepada genre yang sama iaitu lagu-lagu hip-hop.

"Saya pula pelbagai genre, seperti lagu dangdut, pop, balada dan reggae semua saya buat," ujarnya kepada mStar Online.

Artis-artis yang terlibat dalam This Is Mixology Music Vol 2.

Fuzz berkata demikian ditemui pada majlis pelancaran album This Is Mixology Music Vol 2, di Quill City Mall, di sini, Khamis.

Dalam pada itu, Fuzz berkata, dia tidak pernah meniru syarikat rakaman tersebut, sebaliknya mengakui banyak belajar dan menjadikan syarikat milik Joe Flizzow sebagai contoh terbaik yang memberi inspirasi kepadanya.

"Saya tidak tiru mereka, tapi saya melihat dan belajar bagaimana mereka berkembang. Saya juga sering bertanya kepada Joe  dan minta bantuan dia jika tidak tahu dengan sesuatu perkara," katanya.

Sementara itu, Fuzz berkata, dia meletakkan sasaran untuk mencipta lebih 50 lagu setiap tahun.

Katanya, sebagai pendatang baharu yang berjinak-jinak dalam penciptaan lagu, dia memerlukan lebih banyak karya sebagai pertaruhan.

"Saya target untuk buat 50 lagu setahun kerana dalam 50 buah lagu itu tidak semuanya akan popular. Ibaratnya saya sediakan peluru yang banyak untuk menembak dan dalam banyak peluru itu sudah tentu ada yang kena sasarannya.

"Saya bukan komposer yang buat satu lagu dan akan ia hit," ujarnya.

Namun, Fuzz berkata, dia bersyukur kerana usahanya banyak membuahkan hasil apabila lapan buah lagu ciptaan kini berada dalam carta dan mendapat putaran tinggi di radio tempatan.

Katanya, biarpun kebanyakkan lagunya menggunakan khidmat penyanyi baharu, namun dia berjaya menarik minat pendengar.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana tahun ini rezeki saya baik. Lapan lagu saya berada di carta dan kerap dimainkan di radio.

"Antara lagunya ialah Hantu Atau Buaya nyanyian Nana Sheme, Biasa nyanyian Zahid dan Viral, Aduh-Aduh Sayang nyanyian Lawa Nie Geng, Cinta Terakhir nyanyian Waris dan Ezad Lazim serta beberapa lagi," katanya.

Sementara itu, mengenai album This Is Mixology Music Vol 2, Fuzz berkata ia memuatkan sebanyak 19 buah lagu kompilasi termasuk beberapa lagu yang diberi nafas baharu.

Katanya, album kompilasi ini memuatkan lagu hit yang mendapat sambutan baik dan menduduki tangga teratas di kebanyakan stesen radio.

Antara lagu yang terdapat dalam album ini ialah Gadis Jolobu (Waris ft Datuk Hattan), Marry Me (Mark Adam), Aduh Aduh Sayang & Pasar Malam (Lawa Nie Geng ft Deasy Natalina), Ewau Bule (Iwere ft Noraniza Idris) dan Cinta Terakhir (Waris ft Ezad Lazim).

Selain itu, album ini juga menampilkan sebuah lagu baharu berjudul Mixology Anthem yang menampilkan Juzzthin, Waris,Lawa Nie Geng, Karmal, Iwere dan Eyza Bahra.
Tags / Kata Kunci: DJ Fuzz , Joe Flizzow

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan