Bon Jovi Teruja Beraksi Di Kuala Lumpur Sabtu Ini

Diterbitkan: Jumaat, 18 September 2015 11:19 AM

David Bryan, John Bon Jovi dan Tico Torrers.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gembira untuk berada di sini! jawab penyanyi utama kumpulan rock legenda Jon Bon Jovi dari kumpulan 'Bon Jovi', apabila ditanya oleh Bernama, "Adakah anda rindu Malaysia?" Selepas 20 tahun, legenda kumpulan rock Amerika 'Bon Jovi' kembali ke Malaysia untuk membuat persembahan di Stadium Merdeka, Sabtu ini.

Bon Jovi kagum dengan perkembangan pesat di Malaysia, terutamanya bandaraya Kuala Lumpur, dengan bangunan pencakar langit tumbuh bagaikan cendawan, berbanding semasa lawatan terakhir mereka pada tahun 1995.

"Saya gembira untuk kembali di sini, kerana ia sama sekali berbeza dengan lawatan kali terakhir kami. Saya rasa ia (Kuala Lumpur) telah berubah secara dramatik. Kuala Lumpur telah mencapai banyak kemajuan.

"Kami telah menjelajah ke seluruh dunia sejak 1995 dan teruja untuk bersama semula dengan peminat kami di Malaysia," katanya dalam sidang akhbar semalam mengenai konsert mereka.

Turut hadir pada sidang media itu ialah pemain piano kumpulan itu dan pemain keyboard David Bryan dan pemain dram Tico Torres.

Bon Jovi menjulang sejarah kejayaan selama lebih 30 tahun di mana kumpulan itu menjadi ikon muzik rock Amerika.

Walaupun kebanyakan anggota kumpulan sudah berusia lebih daripada 50 tahun sekarang, Bon Jovi berkata semangat kumpulan itu masih membara seperti zaman dahulu untuk memastikan peminat mereka di Malaysia terhibur.

Bon Jovi berkata peminat akan disajikan dengan persembahan bagi satu malam yang tidak dapat dilupakan dengan gedung lagu Bon Jovi yang mendapat sambutan hebat di dunia termasuk Livin 'On A Prayer, You Give Love A Bad Name, It's My Life, Have A Nice Day, dan juga lagu yang memenangi anugerah Grammy, 'Who Says You Can't Go Home di konsert mereka hujung minggu ini.

Sementara itu, pengurus besar Malaysia Major Events (MME) Tony Nagamaiah menjangkakan 3,000 peminat antarabangsa dari seluruh rantau ini akan berada di konsert itu, yang menyumbang hampir RM27 juta dalam impak ekonomi kepada negara.

"Ia adalah menarik bagi kami untuk menyokong kepulangan Bon Jovi ke Malaysia, sejak kumpulan rock terkenal di dunia membuat persembahan kali terakhir di sini pada tahun 1995.

"Penganjuran Bon Jovi akan mempamerkan profil Malaysia sebagai tuan rumah yang hebat kepada artis popular dari seluruh dunia, "katanya kepada Bernama.

MME adalah satu bahagian daripada Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

-- BERNAMA
Tags / Kata Kunci: Bon Jovi

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan