Anggap Lisa Surihani Seperti Anak, David Teo Teruja Timang 'Cucu'

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 5:30 AM

David teruja apabila mendapat perkhabaran pelakon Lisa Surihani selamat melahirkan bayi perempuan pada malam Selasa lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit filem Metrowealth International Group (MIG) David Teo teruja dapat bergelar datuk selepas dimaklumkan pelakon Lisa Surihani selamat melahirkan bayi perempuan pada malam Selasa lalu.

Menyifatkan bayi berkenaan sebagai cucu pertamanya, David berkata, dia gembira dengan perkhabaran itu memandangkan sudah menganggap Lisa sebagai anak kandungnya sendiri.

"Saya sudah mengenali Lisa begitu lama dan sentiasa menganggapnya seperti anak sendiri dan berita berkenaan membuatkan saya teruja kerana bayi berkenaan cucu pertama saya selain saya kini bergelar datuk.

"Tidak sabar untuk bertemu mereka dan berharap Lisa dan bayinya berada dalam keadaan baik," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Rabu.

Lisa sebelum ini bernaung dibawah MIG selama lima tahun dan mengambil keputusan menguruskan kerjayanya sendiri pada 2012.

Pelakon filem Istanbul Aku Datang itu selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 11.44 malam, Selasa lalu.

Bagaimanapun Lisa menerusi satu kirimian mesej ringkas kepada mStar Online mengucapkan terima kasih atas doa kepadanya selain memberitahu masih belum bersedia memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan berkenaan.

Lisa dan Yusry kini bergelar ibu bapa.

Dalam pada itu, David berkata, buat masa ini dia masih belum merancang untuk melawat bayi berkenaan kerana ingin memberi ruang kepada Lisa menjalani tempoh berpantang.

"Tidak manis rasanya saya hendak pergi melawat pada masa ini kerana Lisa pasti ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu selain ingin memberi ruang kepada Lisa menjalani tempoh berpantang.

"Mungkin selepas tempoh berpantang tamat baharulah saya akan pergi melawatnya," ujar David.

Sementara itu, David turut mengucapkan tahniah kepada Lisa dan suaminya, Yusry Abdul Halim atas kelahiran anak mereka dan berharap pasangan itu menikmati detik bergelar ibu bapa.

David berkata, dia juga bersyukur impian dan doa pasangan itu untuk dikurniakan cahaya mata akhirnya dimakbulkan Tuhan.

"Ini adalah fasa ketiga dalam kehidupan mereka bermula daripada mengenali hati budi masing-masing, berkahwin dan kini mempunyai anak.

"Apa yang boleh saya katakan nikmati setiap detik bergelar ibu bapa kerana ia pengalaman cukup berharga dan doa saya kehadiran bayi berkenaan akan mengeratkan lagi hubungan mereka suami-isteri," ujarnya.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 15 Jun 2003 dan berpisah pada 26 April 2006.

Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Yusry , David Teo.

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan