Lisa Surihani, Yusry Belum Sedia Komen Kelahiran Bayi Perempuan

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 10:55 AM

Pasangan bahagia, Yusry dan Lisa dikatakan telah menerima bayi perempuan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA:  Pelakon Lisa Surihani dilaporkan melahirkan bayi perempuan kira-kira pukul 11.44 malam Selasa.

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman Instagram rasmi syarikat produksi MIG menerusi akaun @Migonline.

Status yang dimuat naik pada malam Selasa itu tidak menyatakan lokasi Lisa melahirkan bayinya.

Selain status itu, Lisa turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat di Instagramnya yang mempunyai  1.8 juta pengikut.


Yusry dan lisa Surihani
Tahniah buat Yusry dan Lisa atas berita kelahiran.

Begitu juga Yusry yang turut mendapat ucapan yang sama menerusi laman sosial itu.

Selain ucapan tahniah, peminat turut meluahkan rasa teruja untuk melihat bayi berkenaan.

Dalam pada itu Lisa menerusi satu kirimian mesej kepada mStar Online pada pagi Rabu enggan memberi sebarang komen mengenai berita kelahiran itu.

Sebaliknya Lisa dalam mesej ringkasnya mengucapkan terima kasih atas doa kepadanya selain memberitahu masih belum bersedia memberi sebarang kenyataan rasmi berhubung perkembangan berkenaan.

“Harap faham buat masa ini Lisa dan Yusry belum boleh bagi kenyataan atau interviu. Harap-harap dapat diberi ruang untuk kami “adjust” diri dulu dan kemudian kami akan maklumkan kepada pihak media,” ujar Lisa.

Lisa atau nama sebenarnya Lisa Surihani Mohamed, 29, dan Yusry Abdul Halim, 42, bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry sebelum itu pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira pada 15 Jun 2003 dan berpisah pada 26 April 2006.
Tags / Kata Kunci: Lisa Surihani , Yusry

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan