Taufik Batisah, Siti Nurhaliza Dominasi APM 2015 Oktober Depan

Diterbitkan: Rabu, 16 September 2015 12:32 AM

Antara artis dan mereka yang terlibat dalam Anugerah Planet Muzik 2015 yang akan berlangsung di Singapura pada 9 Oktober depan. FOTO: ROHAIZAT MD DARUS

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penyanyi Singapura Taufik Batisah dan Datuk Siti Nurhaliza mendominasi pencalonan Anugerah Planet Muzik 2015 (APM 2015) yang bakal berlangsung pada 9 Oktober depan di Suntec Singapura.

Taufik Batisah menerusi lagu Awak Kat Mana dan Menakluk Cinta dicalonkan sebanyak tujuh kategori iaitu Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Lagu Terbaik (Singapura), Artis Terbaik (Lelaki) dan Ikon Media Sosial.

Manakala, Siti Nurhaliza disenaraikan dalam enam kategori iaitu Lagu Paling Popular APM, Lagu Paling Popular APM, Artis Terbaik (Wanita), Kolaborasi Terbaik (Lagu), Kolaborasi Terbaik (Artis) dan Duo/Kumpulan Terbaik.

Seramai tujuh artis iaitu  Akim & The Majistret, Aisyah Aziz, Bunga Citra Lestari, Hazama, Cakra Khan, Iman's League dan Sleeq menerima empat pencalonan dalam kategori masing-masing.

Taufik Batisah dan Siti Nurhaliza masing-masing mendapat pencalonan terbanyak Anugerah Planet Muzik 2015.

Ketua Penyiaran Melayu Media Corp, Zakiah Halim, berkata, lebih 500 penyertaan diterima daripada tiga buah negara pada tahun ini.

Katanya, kesemua penyertaan mempunyai kualiti tersendiri dan memberi cabaran kepada juri untuk membuat keputusan senarai lima terbaik.

"Kita menerima pencalonan lebih 500 penyertaan pada tahun ini bagi tiga buah negara.

"Biarpun industri muzik ketika ini banyak cabaran, namun penyertaan yang kami terima menunjukkan pengiat seni masih boleh menghasilkan karya yang cukup berkualiti sehingga sukar untuk membuat penjurian," ujarnya ketika ditemui pada sidang media Anugerah Plenet Muzik 2015, di Hard Rock Cafe, di sini, Selasa

Selain itu, peminat boleh mengundi lagu dan artis popular masing-masing dalam lima kategori iaitu Artis Paling Popular (Singapura), Lagu Paling Popular (Singapura), Artis Paling Popular APM, Lagu Paling Popular APM, dan Ikon Media Sosial.

Kaka Azraff dicalonkan bagi katogeri Kolaborasi Terbaik bersama Sleeq - Bukan Hal Aku.
Undian bagi kategori popular sudah dibuka pada Selasa sehingga 1 Oktober 2015. Ia boleh dilayari menerusi www.facebook.com/anugerah.planet

APM 2015 yang dianjurkan buat kali ke 14 ini  akan bersiaran secara langsung di saluran Suria (Singapura), Astro Ria (Malaysia & Brunei) dan Net (Indonesia).

APM menggabungkan karya melibatkan tiga negara iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.

BERIKUT INI PENCALONAN APM 2015

Artis Baru Terbaik (Lelaki)
1. Aziz Harun – Senyum
2. Ir Radzi - Sempurna Waktu
3. Kunto Aji - Terlalu Lama Sendiri
4. Mark Adam - Marry Me
5. SonaOne – Hakeleh

Artis Baru Terbaik (Wanita)
1. Elizabath Tan - Knock Knock
2. Isyana Sarasvati - Tetap Dalam Jiwa
3. Nowela - Kehabisan Kata
4. Sissy Iman - Mungkin Kamu
5. Yurq - Berawal Dari Tatap

Duo/Kumpulan Terbaik
1. Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta
2. GAC - Bahagia
3. Nana Karis & Sufie Rashid - Suratan Cinta
4. Rossa & Afgan - Kami Yang Kutunggu
5. Stacy & Ungu - Berteman Sepi

Band Terbaik
1. Akim & The Majistret - Mewangi
2. Bunkface - Malam Ini Kita Punya
3. Iman's League feat The Lion Story – Lisa
4. Noah -Seperti Kemarin
5. Sheila On 7 - Lapang Dada

Kolaborasi Terbaik (Artis)
1. Audionauts Feat Ronnie Hussein – Andromeda
2. Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza - Seluruh Cinta
3. Kaka Azraff Feat Sleeq - Bukan Hal Aku
4. Reyza Hamizan Feat Caprice – Helah
5. Stacy & Ungu - Berteman Sepi

Kolaborasi Terbaik (Lagu)
1. Dahsyat (Mojo) - Akhadiat Denny
2. Engkau (Datuk Siti Nurhaliza) - Ade Govinda
3. Jangan Coba Berlari (Sezairi) -Tulus
4. Pilihan Sejati (Aisyah Aziz) - Aizat Amdan
5. Selayaknya Aku (Aliff Aziz) - Faizal Tahir

Hazama dicalonkan dalam katogeri Artis Lelaki Terbaik

Artis Terbaik Lelaki
1. Cakra Khan - Kau Memilih Dia
2. Faizal Tahir - Assalamualaikum
3. Hazama - Sampai Mati
4. Judika - Apakah Ini Cinta
5. Taufik Batisah - Menakluk Cinta

Artis Terbaik Wanita
1. Aisyah Aziz - Pilihan Sejati
2. Bunga Citra Lestari- Wanita Terbahagia
3. Datuk Siti Nurhaliza -Menatap Dalam Mimpi
4. Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah
5. Raisa - Jatuh Hati

Lagu Terbaik (Singapura)
1. Cinta - Man Toyak
2. Lisa - Iman's League The Lion Story
3. Melayu Di Kota Inggeris - Art Fazil
4.  Menakluk Cinta - Taufik Batisah
5. Teruskan – Seyra

Lagu Terbaik (Malaysia)
1. Assalamualaikum - Faizal Tahir
2. Hakeleh - Sona One
3. Malaikat - Hazama
4. Malam Ini Kita Punya - Bunkface
5. Mewangi - Akim & The Majistret

Lagu Terbaik (Indonesia)
1. Sakit Hati - Yovie & Nuno
2. Seperti Kemarin - Noah
3. Terburu Cinta - Angel Pieters
4. Terlalu Lama Sendiri - Kunto Aji
5. Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari

Lagu Terbaik APM
(Pemenang ditentukan pada malam APM)

ANUGERAH KATEGORI UNDIAN

Ikon Media Sosial
1. Afgan
2. Bunga Citra Lestari
3. Hafiz
4. Maudy Ayunda
5. Noah
6. Shila Amzah
7. Sleeq
8. Taufik Batisah
9. Ungu
10. Yuna

Artis Paling Popular (Singapura)
1. Aisyah Aziz
2. Art Fazil
3. Audionauts
4. Chomel
5. Iman's League
6. Klutz
7. Reyza
8. Hamizan
9. Ryan Sufiyan
10. Sezairi
11. Sleeq
12. Sufie Rashid
13. Taufik Batisah

Lagu Paling Popular (Singapura)
1. Awak Kat Mana - Taufik Batisah
2. Andai Hatiku Bersuara - Chomel
3. Bintang Bersuara - Klutz
4. Cinta Kita - Ryan Sufiyan & Erlina
5. Dosaku - The Sallys
6. Gelap Malam -Ryan Sufiyan
7. Ingat - Sufie Rashid
8. Lisa - Iman's League
9. Marah Aku - Hydir Idris
10. Pilihan Sejati - Aisyah Aziz
11. Selamat Tinggal Sayang - Faridzuan Faris
12. Selfie - Hisyam Azmi

Lagu Paling Popular APM
1. Awak Kat Mana - Taufik Batisah
2. Hakeleh - SonaOne
3. Jaga Dia Untukku - Datuk Siti Nurhaliza
4. Lapang Dada - Sheila On 7
5. Lautan - Yuna
6. Pergi Pagi Pulang Pagi - Armada
7. Potret - Akim & The Majistret
8. Sampai Kau Jadi Milikku - Judika
9. Sampai Mati - Hazama
10. Satu Hari Di Bulan Juni - Tulus
11. Seluruh Cinta - Cakra Khan & Datuk Siti Nurhaliza
12. Wanita Terbahagia - Bunga Citra Lestari

Artis Paling Popular APM
1. Afgan
2. Akim & The Majistret
3. Cita Citata
4. Fatin Shidqia Lubud
5. Hafiz
6. Hazama
7. Raisa
8. Shila Amzah
9. Sleeq
10. Taufik Batisah
11. Tulus
12. Yuna

Anugerah Rentas Planet
(Pemenang ditentukan pada malam APM)

Anugerah Khas Planet Muzik
(Pemenang ditentukan pada malam APM) 
Tags / Kata Kunci: APM 2015

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan