'Polis Evo' Guna Khidmat Empat Penulis Skrip

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 5:30 AM

Barisan pelakon-pelakon Polis Evo menghadiri majlis tayangan perdana filem berkenaan di GSC Pavillion pada Isnin. Foto: M. Azhar Arif/The Star

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Ghaz Abu Bakar mengambil masa setahun untuk menyiapkan skrip filem terbaharunya berjudul Polis Evo yang ditulis oleh empat orang penulis skrip.

Ghaz berkata, keputusan itu dibuat bagi memastikan jalan cerita yang menampilkan genre aksi itu adalah terbaik dan mampu menarik minat penonton.

"Ini adalah kali pertama Astro Shaw sebagai penerbit menampilkan empat penulis skrip dalam sebuah filem bagi memastikan jalan cerita menarik dan mampu menarik minat penonton.

"Skrip tersebut mengambil masa setahun untuk disiapkan dan beberapa perubahan dibuat sepanjang tempoh itu," katanya kepada mStar Online.

Ghaz ditemui pada majlis tayangan perdana filem berkenaan di GSC Pavillion di sini, Isnin.



Polis Evo yang bakal ditayangkan pada 17 September ini menampilkan barisan pelakon seperti Zizan Razak, Shahiezy Sam dan Nora Danish.

Dalam pada itu, Ghaz berkata, bagi melancarkan proses penggambaran pihaknya telah mendapatkan khidmat nasihat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) agar tidak melanggar sebarang garis panduan pasukan keselamatan itu.

Jelas Ghaz, dia bersyukur pihak PDRM memberi kerjasama baik dalam memastikan penggambaran yang diadakan di Terengganu itu berjalan lancar.

"Ketika penggambaran kami ada Unit Tindakan Khas (UTK) yang sebenar bagi melihat pelakon melakukan aksi yang biasa dilakukan mereka agar tidak melanggar garis panduan.

"Kehadiran mereka dilokasi amat membantu dalam mengelakkan kami melakukan kesalahan atau melanggar kebiasaan tugas mereka yang sebenar," jelasnya.

Sementara itu, Ghaz berkata, dia yakin dengan promosi dilakukan oleh pihak Astro Shaw mampu menarik minat penonton menyaksikan Polis Evo di pawagam.

"Saya sedar keadaan industri yang agak teruk sekarang namun menerusi maklum balas diberikan peminat rata-rata mereka tidak sabar untuk menonton filem ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Ghaz turut memuji semua barisan pelakon yang terlibat kerana memberi komitmen penuh sepanjang penggambaran biarpun genre filem itu berat.

"Semua pelakon memberikan lebih daripada apa yang saya minta, jadi saya gembira dengan persembahan mereka semua," jelasnya.
Tags / Kata Kunci: Polis Evo

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan