Tidak Ikut Tema Pakaian, Syatilla Melvin Minta Jangan Tuding Jari

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 5:30 AM

Bergegas dari lokasi penggambaran di Pulau Pinang punca Syatilla hadir ke Festival Filem Malaysia ke-27 tanpa mengikut tema batik yang ditetapkan penganjur. Foto Insan Instagram SYATILLA MELVIN.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Syatilla Melvin terkilan selepas dituduh tidak menghormati tema apabila sekadar tampil mengenakan baju-T dan berseluar denim pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM 27) yang diadakan pada 5 September lalu.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, berkata, dia tampil dengan gaya tersebut kerana tidak mempunyai pakaian sesuai ekoran  terpaksa bergegas dari lokasi penggambaran di Pulau Pinang untuk menghadiri acara berkenaan.

"Perkara yang orang tidak tahu adalah saya bergegas dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk menghadiri acara tersebut dan memberi sokongan kepada industri dan rakan-rakan.

"Benar pakaian saya tidak mengikuti tema tetapi saya tiada pilihan kerana sibuk di lokasi penggambaran sebelum itu sehingga tidak berpeluang mencari pakaian bersesuaian," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Tambah Syatilla, isu berkenaan tidak sepatutnya diperbesarkan kerana menerusi pemerhatiannya pada malam tersebut ramai selebriti lain yang hadir tidak mengikut tema ditetapkan penganjur aitu berpakaian berunsur batik.

"Jika diikutkan boleh dikira dengan jari berapa ramai yang mengikuti tema. Tindakan menunding jari kepada saya agak 'over' dan isu ini tidak sepatutnya timbul," jelasnya.

Pakaian Syatilla ketika menghadiri Festival Filem Malaysia ke-27 baru-baru ini.

Dalam pada itu, Syatilla berkata, menyedari pakaiannya tidak menepati tema, dia mengambil keputusan untuk tidak melalui karpet merah bagi mengelak daripada gambarnya dirakam jurufoto.

"Seperti saya katakan kehadiran saya ingin memberi sokongan kepada rakan-rakan yang bertanding pada FFM 27 dan bukan soal pakaian atau populariti.

"Jika saya ingin kejar publisiti awal-awal lagi saya sudah melintasi karpet merah tetapi saya tidak berbuat demikian kerana sedar pakaian saya tidak sesuai dan menghormati majlis," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syatilla berkata, dia masih berulang-alik dari ibu negara ke Pulau Pinang sehingga November depan bagi menyelesaikan penggambaran drama Cinta Samar untuk siaran RTM.

Malah kata Syatilla, dia juga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan kerana bimbang tidak dapat memberikan komitmen memandangkan penggambaran diadakan di luar Kuala Lumpur.

Tags / Kata Kunci: Syatilla Melvin , FFM 27.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan