Variasi Genre Muzik Di 'MTV World Stage Malaysia 2015'

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 12:30 AM

Stacy tampil sebagai artis pembukaan pada MTV World Stage Malaysia 2015 yang diadakan di Surf Beach, Sunway Lagoon pada malam Sabtu lalu. Foto Ihsan MTV ASIA.

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Seawal pukul lima petang Surf Beach, Sunway Lagoon di sini pada Sabtu lalu dibanjiri oleh peminat menantikan kemunculan artis kesayangan mereka membuat persembahan pada MTV World Stage Malaysia 2015.

Kali ketujuh dianjurkan di negara ini, keadaan cuaca jerebu yang sedang melanda negara juga tidak menghalang hampir 20,000 penonton memenuhi ruang Surf Beach.

Turut dirakam untuk siaran di seluruh dunia, konsert berkenaan pada tahun ini membariskan artis seperti Jason Derulo, Carly Rae Jepsen, Apink, SEKAI NO OWARI dan penyanyi dari Malaysia, Stacy.

SEKAI NO OWARI menampilkan persembahan berbeza.

Menariknya konsert pada tahun ini, artis-artis yang ditampilkan mempunyai keistimewaan masing-masing dan kepelbagaian genre muzik mereka merancakkan persembahan pada malam itu.

Seperti dijanjikan, Stacy muncul pada pembukaan MTV World Stage Malaysia 2015 dengan menyampaikan lagi terbaharunya berjudul Not For Sale.

Persembahan energetik penyanyi itu turut menampilkan penyanyi rap Altimet namun kemunculan Stacy hanya untuk satu lagu sahaja.

Tidak menunggu lama, kumpulan dari Jepun, SEKAI NO OWARI mengambil alih pentas dan menyampaikan lima buah lagu seperti Anti-Hero, Death Disco, SOS dan Dragon Night.

Kemunculan Apink mendapat sorakan peminat. 

Kali pertama mengadakan konsert dihadapan penonton di Asia Tenggara, persembahan kumpulan itu cukup bertenaga selain muzik diketengahkan unik dan berbeza.

Pun begitu, SEKAI NO OWARI tidak mengadakan persembahan secara 'live' yang sedikit sebanyak mengecewakan.

Ketika kumpulan Apink muncul di pentas, suasana di Surf Beach bertukar menjadi bertambah gambat dengan sorakan peminat-peminat k-pop yang sejak awal menanti kemunculan mereka.

Hampir 20,000 penonton membanjiri Surf Beach, Sunway Lagoon pada malam Sabtu.

Lagu pertama mereka NoNoNo ternyata disukai peminat dan rata-rata turut menyanyi bersama diikuti dengan gerak tari lincah kumpulan itu.

Apink turut mengambil kesempatan berinteraksi dengan penonton selain cuba menyapa mereka dengan bahasa Malaysia.

Sementara itu, penyanyi dan penulis lagu, Carly Rae Jepsen mengambil kesempatan mendendangkan lagu terbaharunya Run Away With Me daripada album E.MO.TION sebagai lagu pembukaan.

Carly Rae Jepsen menyampaikan sembilan buah lagu pada malam itu.

Tampil ringkas di pentas, Carly memukau penonton dengan kemantapan vokalnya menerusi sembilan buah lagu sebelum mendendangkan lagu wajib iaitu Call Me Maybe dan I Really Like You.

Kemunculan penyanyi terkenal, Jason Derulo pada set akhir konsert berkenaan menggamatkan suasana apabila pemuziknya DJ Joe Murphy tampil di atas pentas dengan menyarungkan jersi Harimau Malaya.

Tidak menunggu lama, Jason membuka persembahannya dengan lagu In My Head yang cukup bertenaga dan turut mendapat sorakan daripada penonton.

Jason Derulo tampil dengan persembahan energatik.

Secara keseluruhannya, Jason menyampaikan 14 buah lagu secara medley pada malam tersebut termasuk lagu kegemaran peminat Marry Me.

Mengakhiri persembahannya, Jason menyampaikan lagu Pull Up dan Want To Want Me yang sedang popular di seluruh dunia.

MTV World Stage Malaysia 2015 bakal disiarkan di saluran MTV Asia (Astro 713) pada 26 September depan pada pukul 3.30 petang waktu tempatan.

Tags / Kata Kunci: MTV World Stage Malaysia 2015.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan