Jihan Muse Sangkal Bakal Kahwin Bulan Depan

Diterbitkan: Isnin, 14 September 2015 5:45 AM

Jihan menyangkal dakwaan bakal berkahwin pada bulan hadapan.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pengacara Jihan Muse menyangkal gosip dia bakal mendirikan rumah tangga dengan teman lelakinya, pelakon Ku Hariz yang dijangka pada bulan hadapan.

Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa 32, berkata, dia tidak mengetahui tentang perkhabaran terbaharu yang sedang diperkatakan mengenai dirinya itu namun enggan memberi perhatian kerana ia tidak benar.

"Gosip berkenaan tidak benar," katanya ringkas kepada mStar Online menerusi mesej WhatsApp pada Ahad.

Bagaimanapun kata Jihan, dia tidak terkejut dengan laporan berkenaan dan menyifatkan ia bukan perkara baharu.

Jihan dan Ku Haris menyulam cinta selama lapan tahun.

"Cerita tentang saya hendak berkahwin bukan perkara baharu. Abaikan sahaja kerana ia tidak benar," jelasnya.

Sebuah akhbar mingguan menerusi ruangan gosip melaporkan seorang teman pelawak itu yang menetap di luar negara akan kembali ke Malaysia pada bulan hadapan bagi menghadiri majlis sahabatnya iaitu Jihan.

Dalam pada itu, Jihan berkata, dia tidak mengetahui siapakah individu yang mendakwa sebagai kenalannya dalam artikel berkenaan.

"Tidak tahu siapa. Saya pun tidak baca artikel berkenaan," katanya lagi.

Tags / Kata Kunci: Jihan Muse , Ku Haris.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan