Kematian Pengarah Cabaran Terbesar Filem 'Kapsul'

Diterbitkan: Ahad, 13 September 2015 5:30 AM

Tun Dr Mahathir (empat dari kiri) bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah (empat dari kanan) bersama barisan pelakon dan penerbit filem Kapsul.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penolong pengarah Pizi Jihat memberitahu cabaran terbesar dalam penghasilan filem Kapsul adalah apabila pengarahnya Allahyarham Martias Mohd Ali meninggal dunia pada 29 Mei 2014 sebelum filem berkenaan siap sepenuhnya.

Pizi berkata, proses pembikinan filem tertangguh selama lebih sebulan ketika Allahyarham jatuh sakit dan  meninggal dunia secara mengejut akibat penyakit kanser darah. 

"Allahyarham tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukan ke hospital dan meninggal dunia sebulan selepas itu. Selepas dia pergi memang kami semua tidak tahu nak mula daripada mana untuk sambung kerja-kerja arwah. 

"Lebih dua minggu selepas kematian arwah ia tertangguh sebab semua tentang filem ini hanya arwah sahaja yang tahu," ujarnya kepada mStar Online. 

Bagaimanapun, Pizi berkata, Allahyarham sempat meninggalkan beberapa pesanan untuk filem tersebut sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

Katanya, hasil keseluruhan filem tersebut direalisasikan mengikut terjemahan daripada pesanan akhir Allahyarham kepada isterinya. 

"Hari-hari akhir arwah iaitu 17 jam sebelum meninggal dunia dia ada bercakap dengan isterinya agar menyampaikan beberapa pesanan untuk filem Kapsul itu. 

"Semuanya kami sudah realisasikan secara teliti mengikut apa yang mahu disampaikan arwah ketika hayatnya," ujarnya. 

Sementara itu, Pizi berkata, hampir keseluruhan babak filem yang bernilai RM2.3 juta itu mempunyai kesan pengimejan berkomputar (CGI). 

Dalam pada itu, ditanya tentang kemunculan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Pizi berkata, pihaknya terpaksa membuat tayangan keseluruhan filem tersebut bagi meyakinkan tokoh negarawan itu untuk terlibat. 

"Sebenarnya pertama kali kami ke pejabat Tun sebelum filem ini siap, namun ketika itu ditolak kerana tidak mahu Tun digunakan untuk tujuan kormersil. 

"Namun, kami tidak putus asa dan sekali lagi mencuba nasib dan kali ini saya bawa filem tersebut untuk ditayangkan kepada mereka dan menyatakan objektif pembabitan Tun dalam filem ini," ujarnya. 

Tambahnya, setelah mendapatkan persetujuan Tun, mereka terpaksa melakukan penggambaran sekali lagi bagi menjayakan babak terakhir itu sekai lagi. 

Filem Kapsul mengisahkan perjalanan hiduo seorang anak Melayu yang hidup di zaman serba moden tetapi berpeluang menelusuri masa lampau melangkawi beberapa dekad bagi melihat sendiri perjuangan mendapatkan kemerdekaan. 

Filem Kapsul dilakonkan oleh Faizal Hussein,  Zamarul Hisham, Elly Mazlein, Datuk Rahim Razali, Jue Aziz dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. 

Filem terbitan Two Tones ini akan ditayangkan pada 17 September ini di seluruh pawagam tanah air. 

Tags / Kata Kunci: Kapsul , Martias Ali , Tun Dr Mahathir

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan