Faizal Tahir Dicalonkan Dalam 'MTV Europe Music Awards'

Diterbitkan: Sabtu, 12 September 2015 12:32 AM

Faizal Tahir tercalon dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik di MTV Europe Music Awards yang bakal berlangsung pada 26 Oktober depan di Itali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Faizal Tahir mencipta rekod tersendiri apabila dicalonkan dalam Anugerah MTV EMA (Europe Music Awards) dalam kategori Artis Asia Tenggara Terbaik.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Warner Music Malaysia, Faizal bakal bersaing dengan lima lagi calon dalam kategori sama iaitu James Reid (Filipina), NOAH (Indonesia), Slot Machine (Thailand), Son Tung M-TP (Vietnam) dan The Sam Willows (Singapore).

MTV EMA yang memberi penghargaan kepada para pemuzik bakal berlangsung pada 26 Oktober depan di Mediolanum Forum, Itali.

Siaran ulangan rancangan itu akan ditayangkan pada hari sama pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di saluran MTV (Astro 713).

Kemunculan semula Faizal menerusi lagu Assalamualaikum ternyata membawa tuah kepada penyanyi itu selepas ia mendapat sambutan hangat daripada peminat sehingga melayakkannya dicalonkan dalam kategori berkenaan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan