Umie Aida Jadikan Inspirasi Filem 'Dukun' Dalam 'Jwanita'

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 5:30 AM

Umie Aida muncul dengan peranan sebagai bomoh dalam filem terbaharu arahan Osman Ali iaitu Jwanita.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Datin Seri Umie Aida menjadikan wataknya dalam filem kontroversi berjudul Dukun yang diharamkan tayangannya pada 2007 sebagai inspirasi untuk menjayakan peranan serupa dalam filem terbaharunya Jwanita.

Umie atau nama sebenarnya Umie Aida Rahmad, 42, bagaimanapun berkata, dia hanya mengambil lima peratus bagi menghidupkan watak tersebut dan selebihnya disesuaikan dengan jalan cerita filem arahan Osman Ali itu.

"Saya mengambil inspirasi daripada peranan saya dalam filem itu untuk menjayakan watak sebagai bomoh dalam Jwanita tetapi tidak banyak hanya lima peratus sahaja.

"Selebihnya saya cuba hidupkan sendiri watak Kartini dalam Jwanita dengan gaya tersendiri sesuai dengan tema dan jalan cerita," katanya kepada mStar Online.

Umie ditemui pada tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Golden Screen Cinemas (GSC) Nu Sentral di sini pada malam Selasa lalu.

Lakonan Umie dalam filem kontroversi Dukun diharamkan tayangannya.

Selain Umie, Jwanita turut membariskan barisan pelakon seperti Maya Karin, Bront Palarae dan Cristina Suzanne.

Ia bakal menemui penonton di pawagam bermula 24 September ini.

Dalam pada itu, Umie mengakui, watak sebagai Kartini dalam Jwanita menghilangkan rasa ralat terhadap Dukun yang tidak dapat ditayangkan.

Malah Umie terharu apabila Osman ingin dia memegang watak sebagai bomoh dalam filem berkenaan sebagai memberi 'keadilan' kepada peranannya dalam Dukun.

"Menerusi watak berkenaan dapat saya hilangkan gian dan ralat sebab Dukun tidak pernah ditayangkan sehingga ke hari ini," katanya.

Barisan pelakon filem Jwanita yang akan ditayangkan di pawagam pada 24 September ini.

Sementara itu, Umie berkata, dia tidak bimbang ada pihak mempertikaikan dan membuat persamaan dengan peranannya dalam Dukun kerana dia bukannya meniru bulat-bulat watak berkenaan.

"Saya cuma bawa lakonan daripada filem itu ke dalam Jwanita dan kedua-dua karya itu adalah berbeza dan hanyalah sekadar rekaan semata-mata.

"Tiada apa yang perlu saya bimbangkan sekiranya ada yang ingin membuat perbandingan," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Umie Aida , Jwanita , Osman Ali , Dukun

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan