Ceramah Tiga Tokoh Tidak Melibatkan Isu Politik - Asyraf Datuk K

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 5:50 AM

Dari kiri; Datuk Siti Nurhaliza, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kamarudin

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penganjuran ceramah bertajuk The Journey yang melibatkan tiga tokoh iaitu bekas perdana Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan ahli perniagaan Datuk Kamarudin Meranun tidak akan membincangkan hal politik.

The Journey akan diadakan pada 16 September ini di Dewan Tun Canselor Universiti Multimedia Cyberjaya.

Pengasas Generasi Bersatu Malaysia (GBM) iaitu Asyraf Khalid yang merupakan penganjur ceramah tersebut berkata, tiga ikon negara itu akan berkongsi cerita mengenai pengalaman masing-masing sebelum meraih kejayaan.

"Ceramah ini adalah penganjuran pertama GBM. Memandangkan ketiga-tiga ikon itu adalah idola saya termasuklah idola orang ramai, maka saya gabungkan mereka dalam satu acara.

"Ia langsung tiada kaitan dengan isu-isu politik. Bukan itu yang saya mahu tonjolkan dalam acara tersebut," katanya yang dihubungi mStar Online di sini pada petang Rabu.

Asyraf Khalid

Asyraf yang juga anak usahawan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) berkata, Mahathir, Siti Nurhaliza dan Kamarudin akan berkongsi pengalaman jatuh bangun mereka sebelum meraih kejayaan.

Kamarudin kini adalah pengasas syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia.

"Mereka akan berkongsi pengalaman susah dan senang sebelum mengecapi kejayaan untuk dijadikan sebagai pemangkin semangat orang ramai.

"Saya percaya pasti ramai yang masih tidak tahu di sebalik kejayaan ketiga-tiga ikon ini," ujarnya.

Sementara  itu penyanyi Indonesia, Tya Arifin dan Amanda Imani akan membuat persembahan pada acara itu.

Bagi yang berminat, tiket berharga RM100 dan RM200 boleh ditempah dengan melayari www.peatix.com atau hubungi 017-6070670 (Izzati), 018-3900219 (Liyana).

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan