Ariz (Forteen) Tiada Niat Tunjuk Intim Dengan Zulin Aziz

Diterbitkan: Khamis, 10 September 2015 1:00 PM

Zulin Aziz dan Ariz mengayakan baju rekaan Ezuwan Ismail.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Ahli kumpulan Forteen, Ariz memberitahu kehadirannya secara berpasangan dengan pengacara Zulin Aziz di acara-acara hiburan bukanlah untuk menunjuk-nunjuk hubungan istimewa mereka.

Ariz atau nama sebenarnya, Saiful Ridzuan Abdul Hamid, 26, berkata, mereka hadir berdua pada acara hiburan adalah sekadar memberi sokongan dan menemani antara satu sama lain.

"Kami datang berdua kerana kami kawan rapat dan selain menghargai baju yang ditaja oleh pereka fesyen Ezuwan Ismail pada malam festival filem.

"Ia bukan sebab kami ingin memberitahu bahawa kami sudah ada hubungan istimewa atau ingin menimbulkan lagi tanda tanya kepada peminat," ujarnya kepada mStar Online.

Ariz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungannya dengan pengacara Zulin Aziz selempas mereka dilihat hadir pada majlis anugerah Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 5 September lalu.

Kedua-dua selebriti ini yang berpakaian sedondon telah menimbulkan reaksi banyak pihak.

Sementara itu, Ariz berkata, dia enggan terlalu memikirkan hal peminat sehingga boleh menyekat kebebasan kehidupan peribadinya.

"Kalau cakap kami kawan rapat pun mereka tidak akan percaya, saya pun tidak boleh untuk menjaga hati mereka sahaja.

"Bagi saya kalau mereka minat saya atau Forteen mereka juga perlu hormati kehidupan peribadi saya dan dengan siapa saya berkawan," ujarnya.

Dalam pada itu, Ariz tidak menafikan masih ramai yang memberi komen negatif kepadanya sehingga memaksa dia memadam komen tersebut hampir setiap hari.

"Setiap hari saya padam komen-komen negatif mereka, tapi kadang-kadang tak sempat juga nak buang. Saya jadi marah bila mereka berkata negatif terutama bila melibatkan keadaan fizikal.

"Kita berkawan dengan seseorang secara ikhlas tanpa mengira rupa paras atau keadaan fizikal," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Ariz Forteen , Zulin Aziz

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan