Emma Maembong & Ezuwan Ismail Akhirnya Berdamai

Diterbitkan: Selasa, 8 September 2015 6:00 AM

Emma Maembong

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Persengketaan pereka fesyen Ezuwan Ismail dengan pelakon Emma Maembong sejak tahun lalu akhirnya terlerai apabila wanita itu tampil memohon maaf.

Ezuwan berkata, Emma ada bertemu dengannya secara peribadi ketika penggambaran sebuah drama yang dilakukan di butik pakaiannya, dekat sini, minggu lalu.

"Alhamdulillah kami sudah berdamai, dia (Emma) ada datang bertemu saya di pejabat butik saya ketika dia sedang menjalani penggambaran drama yang menjadikan premis saya sebagai lokasinya.

"Dia juga tidak mahu terus bermusuh dan meminta saya untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku antara saya dengan adiknya Chacha Maembong berkaitan insiden baju rekaan saya yang tidak dipakai adiknya itu," katanya kepada mStar Online.

Ezuwan Ismail

Ezuwan diminta mengulas hubungannya dengan aktres berkenaan selepas mereka sebelum ini dilaporkan bermasam muka kerana insiden baju tajaannya.

Kejadian bermula apabila Ezuwan meluahkan rasa kecewa dan berkecil hati apabila baju rekaannya tidak dipakai oleh adik aktres itu, Chacha Maembong semasa Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada November tahun lalu.

Emma yang tidak berpuas hati dengan kenyataan Ezuwan di Facebook tampil membela adiknya dengan mempersoalkan sikap pereka fesyen berkenaan.

Sementara itu, Ezuwan berkata, dia enggan mengenang kembali hal tersebut dan menamatkan permusuhan dengan Emma dan Chacha.

"Kami dah baik, dia dah unblock saya di Instagram dan saya juga dah follow dia balik di laman sosial. Saya juga harap kami boleh bekerjasama semula seperti sebelum ini.

"Lagi pula industri ini kecil sahaja, tiada guna bermasam muka," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Ezuwan Ismail , Emma Maembong

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan