Raja Farah Selamat Bergelar Isteri Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 12:47 PM

Raja Farah dan Iskandar selepas sah bergelar suami isteri.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Aktres Raja Farah selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Iskandar Ismail, 33, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 11.51 pagi Ahad.

Majlis pernikahan pasangan berkenaan diadakan secara sederhana di Masjid Ampuan Jemaah, di sini dengan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan Raja Aziz Raja Ngah dengan disaksikan oleh Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk, Muhammad Ariffin Mohd Dalhal.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, menerima mas kahwin berupa tiga dinar emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Iskandar dan Raja Farah kini sah sebagai suami isteri.


Raja Farah yang mengayakan busana rekaan Ezuwan Ismail itu turut menerima lima dulang hantaran dan membalas tujuh dulang hantaran daripada pihak perempuan. 

Sementara itu, majlis resepsi akan diadakan pada 13 September di Hotel De Palma, Ampang.

Terdahulu pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 9 Ogos lalu.

Raja Farah sebelum ini pernah berkahwin dengan  Megat Bashirun Qhuyum Zakaria pada 12 November 2010 dan bercerai pada 25 Mei lalu.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata.

Tags / Kata Kunci: Raja Farah

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan