Dottie Turunkan Berat Badan Kerana Masalah Kesihatan

Diterbitkan: Ahad, 6 September 2015 5:00 AM

Nor Syuhaida akui impikan watak air mata.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Nur Syuhaida atau lebih dikenali sebagai Dottie memberitahu dia kini dalam proses untuk menguruskan badan berikutan faktor kesihatan.

Nor Syuhaida atau nama sebenarnya Nor Syuhaida Ab Razak, 27, berkata, dia yang pernah mencecah berat 90 kilogram mengalami kesukaran untuk bergerak dan sering sakit lutut.

"Saya sedang dalam proses kuruskan badan, namun bukan sebab saya ingin kelihatan cantik dan kurus tetapi kerana mengelak daripada penyakit. Berat saya kini kira-kira 80 kg dan sasarannya kalau boleh turun sampai 60 kg pun dah cukup baik.

Nor Syuhaida bakal muncul dalam drama terbaharu berjudul Si Montel.

"Tiga tahun lalu saya pernah mengalami sakit lutut dan sukar untuk bergerak sehingga saya tidak boleh bekerja," ujarnya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia juga menyedari tentang bahaya masalah obesiti yang boleh didatangi pelbagai penyakit jika tidak dikawal daripada sekarang.

Dalam pada itu, Nor Syuhaida berkata, dia mengimpikan untuk membawa watak-watak yang mencabar dan berat berbanding komedi yang sering dilakonkannya.

"Tipulah kalau saya kata tidak bosan dengan watak komedi yang sering saya lakonkan, namun saya belum ada rezeki untuk diberi kepercayaan seperti itu.

"Orang tidak tahu saya boleh bawa watak lain dan tidak pernah diberi peluang untuk mencuba watak-watak lebih berat," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, cabaran utama ialah dalam memberi kelainan terhadap watak-watak yang hampir sama yang pernah dibawakan sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Nor Syuhaida bakal muncul sebagai pelakon utama dalam drama 13 episod berjudul Si Montel terbitan A.Aida Production.

Drama bersiri 13 episod ini akan ditayangkan setiap Jumaat, bermula 11 September ini, pukul 9 malam menerusi saluran 116 HyppTV.

Tags / Kata Kunci: Dottie , Si Montel

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan