Ruhainies Dapat 'Habuan' Wajah Iras Nora Danish

Diterbitkan: Sabtu, 5 September 2015 5:30 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon baharu iaitu Ruhainies sudah lali apabila sering disapa dengan gelaran Puteri iaitu watak dalam sebuah sitkom Puteri yang dilakonkan oleh Nora Danish sekitar tahun 2005.

Ruhainies atau nama sebenarnya Ruhainies Zainul Ilyas, 23, berkata, wajah, suara dan fizikalnya yang hampir sama dengan Nora Danish itu membuatkan dia sering menerima tempias populariti aktres itu.

"Saya dah lali bila orang cakap saya macam Nora Danish kerana memang sejak tingkatan satu lagi ketika sitkom Puteri lakonan Nora disiarkan satu sekolah panggil saya gelaran Puteri.

"Hinggakan pada tingkatan empat, saya terserempak dengan pengarah sitkom itu, Aziz M.Osman dan dia menegur saya serta menawarkan untuk jadi adik kepada Puteri bila sudah habis belajar. Namun selepas itu kami tidak berhubung, dia pun sudah lupa saya," ujarnya kepada mStar Online.


Ruhainies bersama Fattah Amin.

Ruhainies yang juga adik kepada pelakon Nur Risteena Munim ini memberitahu, kisah tersebut turut diketahui oleh Nora Danish.

Malah, menurut Ruhainies, Nora pernah menzahirkan hasrat untuk bertemu sendiri dengannya bagi melihat kesamaan mereka.

"Nora tahu perkara ini kerana pengikut saya akan tag nama dia di Instagram, malah dia sendiri pernah beritahu kawan baik saya iaitu Ezzaty untuk bertemu saya.

"Saya pula yang malu nak jumpa dia kerana dia jauh lebih cantik daripada saya," ujarnya.

Nora Danish

Dalam pada itu, Ruhainies berkata, dia yang sebelum ini pernah terlibat dengan drama Sofea Jane telah dihubungi pihak stesen televisyen TV3 untuk membintangi drama di slot Akasia berjudul Hello Mr Perfect.

Kata Ruhainies, ia merupakan rezeki yang tidak pernah diduga apabila kehadirannya dalam industri hiburan diterima dengan baik.

"Saya pernah bintangi drama Sofea Jane tetapi hanya watak sampingan sahaja, selepas itu saya dihubungi pihak TV3 untuk membintangi drama Hello Mr Perfect untuk slot Akasia bersama pelakon Fattah Amin.

"Saya terkejut juga bagaimana TV3 dapat nombor telefon saya dan yakin memberi watak penting kepada saya. Ia sangat mencabar bagi pelakon baru macam saya kerana saya perlu bawa tiga watak berbeza," ujarnya.

Drama bersiri 26 episod berjudul Hello Mr Perfect itu akan disiarkan di slot Akasia, pukul 7 malam di TV3 selepas tamat drama Mencintaimu tidak lama lagi.
Tags / Kata Kunci: Ruhainies , Nora Danish

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan