FFM 27: Pengarah Ambil Pengajaran Kontroversi 'Lelaki Harapan Dunia'

Diterbitkan: Rabu, 2 September 2015 6:00 AM

Liew Seng Tat memegang trofi kemenangan filem Lelaki Harapan Dunia, Anugerah Khas Juri, Festival Filem Antarabangsa di Tehran, Iran baru-baru ini.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengarah filem Lelaki Harapan Dunia iaitu Liew Seng Tat menjelaskan kontroversi yang melanda karyanya diambil sebagai pengajaran agar lebih matang menjadi penggiat seni.

Liew berkata, biarpun mendapat ulasan bercampur-campur daripada pengkritik namun ia tidak pernah melemahkan semangatnya untuk terus berkarya pada masa hadapan.

"Pada saya sebagai seorang pengkarya pastinya hasil kerja yang dilakukan tidak semua orang akan suka.

"Apa yang boleh saya katakan kontroversi yang melanda filem itu adalah satu pengalaman dan pengajaran buat saya untuk menghasilkan karya lebih baik pada masa hadapan," katanya kepada mStar Online.

Lelaki Harapan Dunia
tercalon dalam 13 kategori dalam Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Selain Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, filem itu turut dicalonkan termasuklah dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik dan Lakon Layar Terbaik.

Lelaki Harapan Dunia sebelum ini dipertikaikan kononnya bersifat perkauman selain memperbodohkan orang Melayu.

Antara adegan dalam Lelaki Harapan Dunia.

Dalam pada itu, Liew berkata, sebagai seorang pengarah dia melihat diskusi dan perbincangan terhadap filem berkenaan sesuatu yang sihat untuk pembangunan industri.

"Apa yang saya lihat biarpun banyak diskusi dan perbincangan dibuat mengenai karya itu ia dilakukan secara sihat.

"Topik yang dikupas dan diperdebatkan adakalanya mengejutkan saya tetapi ia perkembangan untuk industri dalam menambah pengetahuan selain memperbaiki hasil kerja pada masa hadapan," ujarnya.

Sementara itu, Liew berkata, usaha membawa Lelaki Harapan Dunia ke luar negara masih diteruskan malah bakal ditayangkan di festival filem di Thailand, Taiwan, Korea dan Columbia.

Malah pihaknya gembira apabila filem itu diberi Anugerah Khas ketika bertanding di Fajr Film Festival di Tehran baru-baru ini.

"Lelaki Harapan Dunia masih menjelajah ke seluruh dunia ketika ini dan saya secara peribadi sangat terharu dengan penerimaan penonton antarabangsa terhadap karya ini.

"Ia membuka prespektif baharu terhadap filem buatan tempatan kerana ia sebenarnya mampu diterima masyarakat luar," jelasnya.

Mengulas 13 pencalonan yang diterima filem berkenaan, Liew berkata, ia adalah bayaran daripada hasil kerja keras semua kru yang terlibat menjayakan karya berkenaan.

Dia juga tidak menyangka mendapat pencalonan paling banyak pada tahun ini dan ia sudah cukup meninggalkan kenangan manis buatnya.

"Ia sangat bermakna tambahan pula ini adalah kali pertama saya dicalonkan dalam FFM dan pengiktirafan ini adalah hasil kerja semua yang terlibat dalam menghasilkan filem tersebut," katanya.

Biarpun tidak mensasarkan kemenangan namun Liew berharap pelakon utama Lelaki Harapan Dunia iaitu Wan Hanafi Su berjaya membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik.

"Persaingan sengit tetapi saya berharap kategori Pelakon Lelaki Terbaik jadi milik Wan Hanafi Su kerana dia layak menerimanya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Liew berkata, dia bakal mengarahkan sebuah filem berbahasa Mandarin berjudul The Girl With No Head selain sedang melihat peluang untuk kembali mengarah filem berbahasa Malaysia.

"Saya seronok mengarah filem berbahasa Malaysia kerana banyak subjek dan budaya boleh ditampilkan memandangkan kita hidup dalam sebuah negara berbilang kaum.

"Buat masa ini saya sedang memberi fokus kepada penerbitan filem berbahasa Mandarin dan ia adalah cubaan pertama saya mengarahkan karya genre seram romantik," katanya.


Tags / Kata Kunci: Lelaki Harapan Dunia , Liew Seng Tat

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan