FFM 27: Faizal Hussein Bangga Berturut-Turut Dicalonkan

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 4:00 AM

Faizal Hussein

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Faizal Hussein berasa bangga apabila namanya buat kali ketiga berturut-turut dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia (FFM).

Faizal, 47, berkata, biarpun kali ini hanya tercalon dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, namun pencalonan tersebut memberi momentum baik buat kerjaya lakonannya.

"Saya terkejut bila diberitahu tercalon FFM 27 kerana tahun lalu saya tidak jadi hero di mana-mana filem dan saya tidak sangka pula watak pembantu dalam Manisnya Cinta Di Cappadocia dicalonkan.

"Saya bersyukur kerana buat hatrik tiga kali berturut-turut tercalon di FFM, kali ini saya bersaing dengan nama-nama yang besar," katanya kepada mStar Online.



Dalam kategori itu, Faizal akan bersaing dengan pelakon Fizz Fairuz (Dollah Superstar), Amirul Afendi (Terbaik Dari Langit), Syazwan Zulkifly (Laga) dan Nasir Bilal Khan (Laga).

Faizal sebelum ini pernah tercalon dan menang dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Bunohan di FFM 25, manakala kategori yang sama dalam filem Longkai di FFM 26.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi kategori tersebut, sebaliknya berbesar hati dapat menyertai majlis anugerah berprestij itu setiap tahun.

"Menang atau kalah itu nombor dua, apa yang penting kita dapat turut serta dalam anugerah khas untuk pengiat filem ini.

"Ia juga peluang saya untuk bertemu dengan rakan-rakan artis lama yang tidak berjumpa serta nama-nama besar dalam industri," katanya.

Sementara itu, bercerita tentang wataknya sebagai Bakhtiar dalam filem itu, Faizal berkata, ia dilakonkan adalah mengikut interpretasi pengarah iaitu Bernard Chauly.

Kemuncak FFM 27 akan berlangsung pada 5 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria pukul 8.30 malam.


Tags / Kata Kunci: FFM 27 , Faizal Hussein

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan