Chacha Maembong Malu Dicemuh Tidak Bersekolah

Diterbitkan: Selasa, 1 September 2015 5:00 AM

Chacha Maembong

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Chacha Maembong mengakui sering dijadikan bahan cemuhan kerana tidak melalui alam persekolahan seperti remaja lain.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 19, berkata, perkara tersebut menjadikan dirinya berasa rendah diri untuk bergaul dengan rakan-rakan terutama yang baharu dikenali.

"Sebenarnya Chacha juga malu dan rendah diri apabila duduk dengan rakan-rakan yang kebanyakannya bersekolah. Ada juga yang perli-perli dan kata macam-macam hingga membuatkan saya sedih.

"Setiap kali perkara itu berlaku pasti saya akan rasa down. Mereka semua tidak tahu hidup saya dan kenapa saya tidak bersekolah," katanya kepada mStar Online.

Chacha berkata, biarpun dia tidak menempuhi alam persekolahan, namun dia tetap belajar secara persendirian dan berjaya mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berusia 17 tahun. 

Katanya, kaedah dan subjek pembelajaran secara persendirian tiada beza dengan apa yang diajar di sekolah.

"Kakak saya Yaya dan Emma banyak beri sokongan supaya saya tidak terlalu sedih. Mereka suruh saya masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan sahaja.

"Pada saya kebijakkan antara belajar secara home school dengan si sekolah sama sahaja tiada beza pun," katanya.

Sementara itu, Chacha yang terlibat dengan drama Oh My English! Class Of 2015 memberitahu teruja dapat belakon adegan alam persekolahan.

Katanya, rakan-rakan yang turut berlakon dalam drama tersebut banyak membantunya mendapatkan situasi ketika berada di alam persekolahan.

"Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang penggambaran Oh My English!, mula-mula saya rasa agak kekok juga, namun ramai yang membantu saya. Kami sudah seperti sebuah keluarga," ujarnya.

Drama bersiri Oh My English! Class Of 2015 ditayangkan setiap Ahad, pukul 6.30 petang di Astro TVIQ 610 & Astro Maya HD 135.


Emma Maembong dan adik beradik yang lain.



Dalam perkembangan lain, Chacha berkata dia bersama dua kakaknya iaitu Emma dan Yaya Maembong bakal terlibat dengan program realiti televisyen khas berkisar keluarga Maembong.

Katanya, program tersebut bakal memaparkan kehidupan sebenar yang dilalui oleh dia dan keluarganya.

"Setakat ini program itu belum ada nama dan penggambaran bakal bermula September ini. Ia banyak berkisar tentang kehidupan saya bersama Emma dan Yaya.

"Kami bertiga watak utama dan adik-beradik lain juga akan ada mengikut episod," katanya.

Tags / Kata Kunci: Chacha Maembong , Emma Maembong

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan