Lakonan Stereotaip, Sara Ali Tiada Pilihan

Diterbitkan: Ahad, 30 Ogos 2015 6:00 AM

Sara Ali.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Sara Ali mengakui lakonannya dilihat stereotaip dalam kebanyakkan projek diterimanya kerana tidak mempunyai banyak pilihan.

Sara atau nama sebenarnya Siti Sarah Hairi Ali, 25, berkata, dia tidak boleh merungut mengenai situasi berkenaan kerana peranan dalam drama dan telefilem di negara ini sebenarnya terhad.

"Saya akui lakonan dalam kebanyakkan drama atau telefilem wataknya tidak jauh berbeza kerana tiada pilihan.

"Itu sahaja watak diberikan dan sebab itu lakonan dilihat sama sahaja dan pada masa sama saya sebagai pelakon tidak boleh merungut dengan situasi itu," katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun kata Sara, dia teruja dengan projek terbaharunya iaitu drama berjudul Minah Gangster yang menampilkan sisi berbezanya sebagai pelakon.

Kata Sara, menerusi drama tersebut dia mendapat pelbagai pengalaman baharu termasuk menunggang motosikal berkuasa tinggi.

"Sudah agak lama saya tidak menerima projek yang mencabar dan Minah Gangster memang memberi kepuasan dan cabaran kepada saya memandangankan perlu menunggang motosikal Scrambler.

"Biarpun tidak mahir menunggang tetapi saya nekad untuk belajar dan enggan mengharapkan bantuan 'stunt man' untuk melakukannya," jelasnya.

Dalam pada itu, Sara berkata, sebagai pelakon dia masih belum berasa puas dan berharap satu hari nanti diberi peluang untuk melakonkan watak yang lebih hebat daripada peranannya sebagai Hawa dan filem Songlap.

"Ketika berlakon dalam Songlap saya masih baharu dan apabila menonton kembali filem berkenaan saya tidak berpuas hati kerana Hawa mampu menjadi lebih baik tetapi kini sudah terlambat. 

"Sebab itu saya kata sekiranya ada pengarah yang ingin tawarkan watak mengatasi Hawa dalam Songlap saya sangat berbesar hati," katanya yang turut tercalon dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Kami Histeria dalam Festival Filem Malaysia Ke-27.

Kemuncak FFM 27 akan diadakan pada 5 September depan.
Tags / Kata Kunci: Sara Ali.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan