Awi Rafael Ambil Masa 11 Tahun Siapkan Lagu Duet Bersama Ayai (Ilusi)

Diterbitkan: Jumaat, 28 Ogos 2015 5:55 AM

Awi Rafael (kiri) dan Ayai (Ilusi). Foto SHAARI CHEMAT / THE STAR

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer Awi Rafael mengambil masa selama 11 tahun untuk menyiapkan lagu Manusia Sempurna, yang kini menjadi lagu duet terbaharunya bersama penyanyi Ayai (Ilusi).

Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 29, berkata, dia hanya berjaya menyiapkan separuh daripada  lagu tersebut ketika berusia 18 tahun, namun ketika melihat Ayai beraksi menerusi program Gegar Vaganza penghujung tahun lalu, barulah dia mendapat inspirasi menyiapkan lagu berkenaan.

"Dah lama dah saya buat lagu ini, tetapi seperti ada yang tak kena. Sampailah saya berjumpa dengan abang Ayai, saya kaji suaranya.

"Kemudian barulah saya berjaya menyiapkan lagu Manusia Sempurna berdasarkan inspirasi suaranya yang unik.

"Seronok  apabila akhirnya saya siapkan juga lagu yang sudah lama terbengkalai," katanya kepada mStar Online.

Awi Rafael.

Awi ditemui pada majlis pelancaran single lagu baharu Manusia Sempurna bersama Ayai di pejabat Warner Music Malaysia di sini pada Khamis.

Manusia Sempurna merupakan lagu berunsur nasihat dan sunah Nabi Muhammad untuk manusia menjalani kehidupan dengan aman dan sempurna.

Sementara itu,  Ayai atau nama sebenarnya Zaharuddin Kamaruddin , 53, berkata, sejak kembali aktif dalam nyanyian, dia sememangnya ingin bekerjasama dengan penggiat seni  dikalangan orang muda agar lagu yang dibawa seiring dengan cita rasa muzik terkini.

Ayai (Ilusi).

Tambahan  pula kata Ayai, sejak menyertai Gegar Vaganza lagi, Awi sudah mula menawarkan diri mahu menghasilkan lagu maka dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap komposer Singapura itu.

"Menjadi penyanyi senior, kita tidak boleh ego dengan penyanyi muda. Sebaliknya kita belajar daripada mereka untuk tampil dengan muzik yang sealiran.

"Saya mengambil contoh penyanyi antarabangsa Cliff Richard. Walaupun dia adalah penyanyi zaman lama, tetapi dia mampu membawa lagu-lagu terbaru. Saya mahu jadi sepertinya.

"Barulah peminat tidak kira orang tua atau muda boleh menerima muzik yang saya bawakan. Harap-harap Manusia Sempurna mendapat respons baik daripada semua, InsyaAllah," ujarnya.

Tags / Kata Kunci: Ayai , Awi Rafael

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan