Anak Aziz M. Osman Mula Popular Kerana Instagram

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 5:00 AM

Araa bersama bapanya, penerbit dan pengarah, Aziz M Osman. Foto THE STAR/RAYMOND OOI

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah Aziz M Osman memberitahu anak bongsunya, Puteri Nur Azzahra mula menyedari dia kini menjadi perhatian selepas popular menerusi video tutorial solekan yang dimuat naik di Instagram.

Aziz, 52, bagaimanapun berkata, sebagai bapa dia tidak mahu Azzahra atau lebih mesra dengan sapaan Araa yang berusia empat tahun itu hanyut dalam populariti kerana dia masih kanak-kanak.

"Pada awal dahulu dia berasa pelik apabila sering menjadi perhatian orang ramai malah ada yang mahu mengambil gambar bersamanya.

"Namun kini dia semakin faham dia sudah popular kerana video tutorial solekan yang dimuat naik ke Instagram," katanya kepada mStar Online.

Tambah Aziz, dia tidak menyangka video yang dimuat naik secara suka-suka oleh isterinya, Puteri Lily Lokman menjadi perhatian pengguna laman sosial tersebut.

Araa tidak kekok gambarnya dirakam jurugambar.

"Pada saya apa yang dilakukan oleh Araa itu perkara biasa kerana kanak-kanak pada usianya memang gemar mencuba sesuatu yang baru tambahan pula ada gajet seperti iPhone dan iPad.

"Tetapi tidak sangka pula selepas memuat naik video berkenaan dia mula menjadi perhatian dan ramai suka dengannya," ujar Aziz.

Dalam pada itu, Aziz berkata, Araa mendapat idea merakamkan video tutorial solekan selepas menontonnya di YouTube.

Kata Aziz, dia atau pun isterinya tidak pernah mengajar anak mereka cara merakamkan gambar atau video kerana Araa mempelajarinya sendiri.

"iPhone dan iPad pun dia belajar sendiri cara guna tetapi apa hendak dihairankan tentang kanak-kanak zaman teknologi hari ini kerana mereka lebih 'advanced' berbanding dahulu.

Aziz mahu Araa membesar seperti kanak-kanak lain.

"Saya tidak menghalang kerana bagi saya ia adalah satu bentuk perkembangan minda kanak-kanak sepertinya namun sebagai ibu bapa saya sentiasa meletakkan had terhadap penggunaan gajet kepadanya," jelas Aziz.

Sementara itu, Aziz berkata, biarpun Araa dilihat mempunyai bakat luar biasa selain petah bercakap di hadapan kamera namun dia tidak akan memaksa anaknya itu untuk menceburi bidang hiburan.

Padanya, Araa masih kecil dan mahu dia membesar seperti mana kanak-kanak normal lain.

"Dia masih kecil dan masih banyak perkara yang dia masih belum faham. Saya tidak mahu memaksanya dan biarlah dia membesar seperti kanak-kanak lain," katanya.

Instagram Aara boleh diikuti menerusi akaun: https://instagram.com/araaziz/

 

Tags / Kata Kunci: Aziz M Osman , Puteri Nur Azzahra

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan