Abam Belajar Bahasa Inggeris, Malu Pada Kanak-Kanak 'Oh My English'

Diterbitkan: Khamis, 27 Ogos 2015 5:45 AM

Abam bersama seorang pelakon kanak-kanak Kashika dalam telefilem Oh My English.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelawak dan pelakon Abam (Bocey) memberitahu dia mula mempelajari bahasa Inggeris kerana menyedari kepentingan bahasa itu selepas terlibat dalam telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, tindakan tersebut dilakukan kerana dia berasa malu terhadap pelakon kanak-kanak yang petah bercakap bahasa Inggeris ketika penggambaran telefilem tersebut.

"Selapas penggambaran itu saya belajar sedikit-sedikit bahasa Inggeris melalui televisyen dan bercakap dengan kawan-kawan kerana saya sedar kepentingannya untuk kerjaya saya.

"Saya malu melihat budak-budak kecil ketika penggambaran Oh My English boleh bercakap dengan fasih sehingga membuatkan saya rasa janggal," ujarnya kepada mStar Online.

Abam ditemui pada pelancaran telefilem Oh My English: Oh My Goat -Come Baaack!!, di restoran Subak, di sini, Rabu. 


Barisan pelakon dan produksi telefilem Oh My English: Oh My Goat-Come Baaack!!

Abam berkata, sepanjang penggambaran telefilem tersebut dia mengalami masalah untuk melontarkan beberapa dialog yang memerlukannya untuk bercakap bahasa tersebut.

Dia juga terpaksa mengulangi adegan tersebut beberapa kali bagi mendapatkan intonasi yang betul.

"Saya mengalami masalah untuk lontarkan dialog berbahasa Inggeris kerana tidak boleh ucap dengan baik. Intonasi saya tidak betul sehingga pengarah pun garu kepala," ujarnya.

Dalam pada itu, Abam berkata, dia tidak menyangka apabila ditawarkan untuk terlibat dalam telefilem tersebut berikut kelemahannya bertutur bahasa itu.

"Saya sebenarnya terkejut apabila pihak produksi memanggil saya untuk terlibat dalam telefilem ini kerana saya tidak pandai berbahasa Inggeris.

"Saya selalu tengok siri Oh My English tetapi tidak terfikir yang mereka akan panggil saya untuk berlakon," katanya.

Menerusi telefilem Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!, Abam membawakan watak Ismail yang merupakan anak kepada ketua kampung Dalam Ayer yang sering membawa masalah.

Telefilem yang diarahkan oleh Shamyl Othman dan Umi Omar itu mengisahkan penggambaraan Mr Henry Middleton lakonan Zain Saidin yang menawarkan untuk mengajar di sebuah kampung terpencil di Malaysia iaitu Kampung Dalam Ayer.

Telefilem ini turut membariskan pelakon-pelakon popular seperti Zain Saidin, Jihan Muse, Juliana Evans, Nadiya Nisaa dan Juzzthin.

Oh My English: Oh My Goat - Come Baaack!!
bakal bersiaran pada 5 September ini, pukul 9 malam di tiga saluran serentak iaitu Astro TVIQ, Astro Prima dan Astro Maya HD.

Tags / Kata Kunci: Abam Bocey , Oh My English

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan