AC Mizal Sangkal 'Peace Yall FM' Tak Bayar Gaji Pekerja

Diterbitkan: Isnin, 24 Ogos 2015 5:00 AM

AC nafi radio Peace Yall FM bermasalah.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengacara Datuk AC Mizal menafikan spekulasi bahawa stesen radio bervisual baharu yang ditubuhkannya iaitu Peace Yall FM berhadapan dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pekerja.

AC yang juga presiden saluran radio internet itu berkata, kesemua pekerja di bawah stesen radio itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi bekerja dengan stesen radio tersebut

"Setakat ini stesen radio Peace Yall tiada masalah kewangan, tidak timbul isu saya tidak bayar gaji kerana semua deejay dan pekerja masih lagi bekerja dengan saya.

"Gaji semua pekerja yang saya ambil dahsyat-dahsyat, malah ada beberapa deejay yang sudah pun pakai kereta baru sejak bekerja dengan kami," ujarnya kepada mStar Online.
 

Siti Nurhaliza (empat dari kanan) diberi penghargaan melancarkan saluran radio internet baharu iaitu Peace Yall FM pada Mei lalu. Turut kelihatan presiden saluran radio itu, AC Mizal (tiga dari kiri) bersama barisan deejay terlibat.

AC Mizal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gosip di ruangan pojok sebuah akhbar mingguan bahawa stesen radio yang dilancarkannya pada Mei lalu tidak membayar gaji pekerja sehingga beberapa pekerja terpaksa berhenti.

AC menambah, khabar angin tersebut merupakan spekulasi yang menjadi lumrah dalam industri hiburan dan tidak menjejaskan reputasi dia dan stesen radio baharu itu.

"Saya tidak terkesan dengan spekulasi ini, bagi saya ia bagus untuk bisnes kerana baik atau buruk gosip itu, ia tetap promosi kepada Peace Yall FM," ujarnya.

Sementara itu, AC berkata, dia kini dalam rancangan untuk meluaskan lagi empayar stesen radio tersebut ke Indonesia serta menambah bilangan pekerja.

Dia juga bakal menambah masa operasi siaran radio berkenaan kepada 24 jam.

"Sekarang Peace Yall FM ke udara 12 jam sahaja dengan 25 orang deejay dan saya dalam proses untuk menambah masa siaran kepada 24 jam," ujarnya.

Deejay Peace Yall FM dibarisi pelakon dan pelawak popular seperti Adlin Aman Ramlie, Joey Daud, Sobri Anuar, Emelda Rosmila, Syuk (Balas), Acong, Fad (Bocey), Vicha dan Bochil daripada kumpulan Saywho.
Tags / Kata Kunci: Peach Yall FM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan