'Muzik Rock Malaysia Perlu Dirombak' - MonoloQue

Diterbitkan: Sabtu, 22 Ogos 2015 5:00 AM

MonoloQue berpendapat muzik Rock di Malaysia memerlukan rombakan dan tidak hanya tertumpu kepada alatan asas seperti gitar, bass dan dram.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kumpulan MonoloQue berpendapat muzik Rock di Malaysia memerlukan rombakan dan tidak hanya tertumpu kepada alatan asas seperti gitar, bes dan dram.

Vokalis utamanya, Khairul Ridzwan Annuar atau LoQue berkata, generasi 'rock star' sedia ada perlu berani meneroka instrumen dan bunyi yang lebih segar selain dapat menonjolkan muzik yang diperjuangkan.

"Rock dan bunyi Malaysia memerlukan rombakan dan kita kena mencipta semula, tiada kompromi.

"Kumpulan rock sedia ada mungkin tidak setuju dengan saya, tapi pergolakan itu pasti dan perubahan besar sentiasa berlaku kerana ini untuk generasi masa depan," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, MonoloQue sendiri cuba tampil dengan muzik segar serta tidak menghadkan kreativiti dan imaginasi mereka dalam menghasilkan bunyi baharu.

Malah kata LoQue, dia berharap menerusi karya yang dihasilkan ia dapat memberi inspirasi kepada kumpulan atau pemuzik sedia ada untuk meneroka dan mengambil risiko dalam menghasilkan karya berbeza dari kebiasaan.

MonoloQue tampil dengan single terbaharu berjudul Ringgit.

"Dari segi muzik kami cuba untuk meruntuhkan pagar-pagar yang ada, serta had-had yang membuatkan muzik bergitar dan muzik rock Malaysia jatuh ke dalam stereotaip-stereotaip yang biasa," ujanya.

MonoloQue yang turut dianggotai oleh Dax (bes, vokal), Ijoo (gitar utama), Bakri (dram) dan Syafikraz (percussion) tampil dengan single terbaharu berjudul Ringgit.

Dalam pada itu, bercakap mengenai single terbaharu mereka, LoQue berkata, Ringgit adalah sebuah lagu pop yang mudah diterima namun masih mempunyai keunikan tersendiri.

Jelasnya, lagu berkenaan mengisahkan tentang nilai 'mata wang' yang menjadi nadi gaya hidup masyarakat terutamanya di kota raya.

"Dengan wang boleh beli apa sahaja dan melihat kepada itu dalam kehidupan seharian ia memberi inspirasi kepada saya untuk menulis lagu ini.

"Muzik Ringgit lebih kepada pop yang mudah didengar tetapi pada masa sama ia berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri," ujarnya.

Ringgit bakal dimuatkan dalam album terbaharu MonoloQue yang berjudul Corak Kedua yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat.

Tags / Kata Kunci: MonoluQue , LoQue , Ringgit.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan