FFM 27: Rasa Bersalah Tinggalkan Suami & Anak Terbayar - Nadiya Nisaa

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 4:00 AM

Nadiya Nisaa

(Ubah saiz teks)


PETALING JAYA:
Pelakon Nadiya Nisaa menganggap rasa bersalahnya meninggalkan suami dan anak menjalani penggambaran akhirnya terbayar selepas dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) menerusi filem Terbaik Dari Langit.

Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa’ Kamaruddin, 30, berkata, pencalonan itu sedikit sebanyak membuang rasa bersalah yang membelengunya kerana kerap meninggalkan orang tersayang.

"Alhamdulillah, pencalonan yang saya terima ini membuatkan rasa bersalah terhadap anak dan keluarga saya hilang dan apa yang saya lakukan dihargai.

"Kadang-kadang bila saya dalam perjalanan pergi shooting saya akan rasa kasihan dengan anak saya kerana tidak sempat beri dia makan dan meluangkan lebih masa untuk dia. Sebab itu, bila dimaklumkan berita ini (pencalonan) saya terus beritahu kepada suami dan ibu saya, mereka juga gembira," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam kategori itu, Nadiya Nisaa akan bersaing dengan pelakon Izara Aishah (Sejoli), Fazura (Kami Histeria), Eja (Manisnya Cinta Di Cappadocia) dan Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3).

Dalam pada itu, Nadiya berkata, dia tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk menewaskan pesaing lain bagi memenangi kategori tersebut.


Nadia Nisaa (kiri) dalam filem Terbaik Dari Langit.
Katanya, tersenarai dikalangan nama-nama besar dalam anugerah berprestij itu sudah membuatkan dia berpuas hati.

"Saya tidak letak harapan tinggi untuk menang, sudah tercalon sahaja memadai buat saya kerana nama saya sudah tercatat dalam sejarah perfileman negara.

"Rata-rata filem yang bertanding ini ada kelebihan tersendiri, jika menang ia adalah satu bonus," katanya.

Sementara itu, Nadiya turut mengakui filem Terbaik Dari Langit merupakan filem yang dibikin oleh mereka yang mempunyai minat mendalam dalam perfileman.

"Orang di belakang tabir filem ini adalah kawan-kawan saya juga jadi saya tahu bagaimana minat mereka dalam filem.

"Ini merupakan filem pertama mereka dan jika tercalon sahaja sudah mengembirakan kami semua," ujarnya.

Filem yang menerima 12 pencalonan dalam FFM 27 ini merupakan arahan Nik Amir Mustapha dan diterbitkan oleh Playground film.

Kemuncak FFM 27 akan berlangsung pada 5 September depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Ia akan disiarkan menerusi saluran Astro Ria pukul 8.30 malam.
Tags / Kata Kunci: Nadiya Nisaa , FFM 27

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan