Hamil Anak Kedua Halang Faezah Elai Berlakon

Diterbitkan: Jumaat, 21 Ogos 2015 5:30 AM

Faezah kini menanti kehadiran cahaya mata kedua.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Faezah Elai memberitahu keadaan kesihatan tidak mengizinkan dia untuk terlibat dalam sebarang aktiviti seni setelah disahkan hamil anak kedua sejak Mac lalu.

Faezah, 33, berkata, pangalaman mengandung cahaya mata kedua ini lebih sukar apabila dia mengalami alahan yang teruk sepanjang usia kandungannya yang kini memasuki bulan keenam.

"Saya dapat tahu yang saya mengandung selepas dua bulan ketika itu penghujung penggambaran drama Wadi yang kini sedang ditayangkan di TV3.

"Selepas tamat drama itu saya terus berehat dan keadaan kesihatan saya memang agak teruk ketika mengandung kali ini. Badan terlalu lemah dan tidak boleh banyak bergerak.

"Bukan berlakon sahaja, undangan majlis hiburan pun saya tidak dapat datang," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.

Faezah Elai tunda rancangan lancar koleksi tudung dan kosmetik kerana hamil.- gambar Instagram.

Selain itu, kata Faezah, dia juga terpaksa menangguhkan rancangannya untuk melancarkan koleksi tudung jenamanya Faizah Elai Hijab dan produk kosmetik Pures by Faizah Elai.

Bagaimanapun, katanya, pelancaran tersebut akan dilakukan selepas dia selamat bersalin iaitu dijangka pada Disember depan.

"Sepatutnya saya rancang nak lancarkan koleksi tudung dan kosmetik saya pada tahun ini, tetapi bila dah mengandung ini tak larat pula. Insya-Allah kalau semuanya selamat saya akan lancarkan produk-produk ini tahun depan," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang persiapan menyambut bayi keduanya itu, Faezah berkata, dia tidak mahu membuat persiapan terlalu awal sebaliknya akan membuat perisapan selepas kandungannya berusia lapan bulan.

"Saya tidak mahu teruja buat persiapan awal-awal kerana tidak mahu apa-apa buruk terjadi. Kalau sudah lapan bulan barulah kami buat persiapan.

"lagi pula sekarang pun kami belum tahu bayi ini lelaki atau perempuan, tapi bagi saya tidak kisah apa pun jantina asalkan dia sihat," katanya.

Faezah yang berkahwin dengan pengarah drama Heykal Hanifah pada September 2012 sudah mempunyai anak perempuan bernama Dealova Heyrinna Heykal yang kini berusia dua tahun.

Selain itu, Faezah turut mempunyai anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Heykal iaitu Luqman Hakim, 15, Sarah, 13, dan Luq Adam yang berusia lima tahun.

Tags / Kata Kunci: Faezah Elai

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan