Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Kahwin - Berita Hiburan | mStar

Pelakon Fezrul Khan Cerai Talak Satu Selepas Tiga Tahun Kahwin

Diterbitkan: Khamis, 20 Ogos 2015 1:11 PM

Fezrul Khan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini pada Rabu.

Fezrul atau nama sebenarnya Fezrul Khan Junaidi, 35, bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat.

Fezrul dan Noorhafizah bercerai selepas tiga tahun berkahwin.

"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Ketika ini dia sedang menjalani penggambaran drama Alif Iman yang akan disiarkan di saluran TV9.

Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012.

Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun.

Tags / Kata Kunci: Fezrul Khan , Cerai 2015

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan