Nabil Ahmad Dan Sherry Alhadad Hos FFM 27

Diterbitkan: Selasa, 18 Ogos 2015 4:21 PM

Sherry Alhadad bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos Festival Filem Malaysia kali ke 27 yang bakal diadakan pada 5 September depan.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelawak Nabil Ahmad dan pengacara Sherry Alhadad diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara malam kemuncak Festival Filem Malaysia 27 (FFM 27).

FFM 27 yang bakal mengiktiraf 56 buah filem karya anak tempatan akan berlangsung pada 5 September depan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Manakala, pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.

Nabil Ahmad bergandinga dengan Sherry sebagai hos FFM27.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air iaitu Amy (Search), Misha Omar, Indah Ruhaila, Hazama, Najwa Mahiaddin, Joe Flizzow, SonaOne dan Amir Jahari.

Selain itu, seramai 21 selebriti dan pengiat seni tanah air terlibat dalam penyampaian trofi kemenangan kepada pemenang pada malam kemuncak FFM 27.

Antara yang bakal menyampaikan anugerah ialah Christina Suzanne, Izzue Islam, Aziz M. Osman, Zizie Ezette, Syafie Naswip, Scha Alyahya, Syafiq Yusof, Nur Fazura, Datuk Eizlan Yusof dan Hans Isaac.



Pelawak Along Cham dan Zulin Aziz dipilih untuk mengacarakan malam perasmian pada 2 September di Symphony Lake Suite, KLCC.

Selain itu, Raja Ema, Datuk Yusof Haslam, Yana Samsudin, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Vanidah Imran, Shaheizy Sam, Datin Sofia Jane, Erma Fatima, Datin Paduka Shuhaimi Baba dan Pansha.

Pengerusi Jawatankuasa Induk FFM 27 merangkap Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman berkata, barisan pengacara yang terdiri dariapada pelawak adalah berikutan memberi kelainan terhadap terhadap penganjuran kali ini.

"Pemilihan pelawak-pelawak sebagai pengacara adalah disebabkan kita mahu penganjuran kali ini berbeza dengan yang sebelum-sebelum ini. Kita tidak mahu terlalu serius, sebaliknya lebih santai," ujarnya dalam sidang media memperkenalkan pengacara dan penyampai anugerah FFM 27 yang diadakan di Menara Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Sebanyak 140 pencalonan merangkumi 24 kategori dipertandingkan pada tahun ini. Karya-karya yang layak bertanding adalah filem-filem yang ditayangkan dari Januari 2014 sehingga Disember 2014.

Sebahagian calon lima teratas FFM 27, penyampai anugerah dan artis yang bakal membuat persembahan pada acara gilang gemilang itu ketika menghadiri sidang media di Menara Kuala Lumpur pada Selasa.

Tema FFM 27 kali ini bertemakan Sehati Sejiwa.

Filem Lelaki Harapan Dunia terbitan Everthings Film Sdn Bhd mendominasi pencalonan akhir Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) apabila menerima 13 pencalonan daripada 24 kategori.

Filem tersebut turut menerima saingan daripada filem Amir & Loqman Pergi Ke Laut, Dollah Superstar, Manisnya Cinta Di Cappadocia dan Terbaik Dari Langit.

Indah Ruhaila, Amy Search, Najwa Mahiadin dan Amir Jahari bakal membuat persembahan bersempena festival berkenaan.

Sementara itu, pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916.

FFM 27 akan disiarkan secara langsung menerusi siaran Astro Ria dan Ria HD pada pukul 9 malam.

Tags / Kata Kunci: Nabil Ahmad , Sherry Alhadad , FFM 27.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan