Siti Nurhaliza Harap Rakam Lebih Banyak Lagu Ciptaan A.R Rahman

Diterbitkan: Ahad, 16 Ogos 2015 2:42 PM

Datuk Siti Nurhaliza

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyanyi nombor satu Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berkata beliau berharap untuk merakamkan lebih banyak lagu ciptaan komposer terkemuka India, A. R. Rahman. 

Siti berkata beliau sedia menyahut cabaran itu kerana peminatnya terdiri daripada pelbagai kaum dan mengharapkannya untuk mengambil cabaran baharu.

"Saya mengagumi bakat A.R. Rahman sebagai penyanyi dan komposer terkenal dunia dan mahu bekerjasama dengannya dalam lagu," katanya pada sidang media acara kemuncak program Astro, International Super Star di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini malam Sabtu. 

Penyanyi berusia 36 tahun itu turut menceritakan pengalamannya menyanyikan sebuah lagu Tamil ciptaan A.R.Rahman bertajuk 'Nenje Ezhu (Bangkitkan Semangat) yang merupakan lagu promosi program International Super Star 2015.

A.R Rahman.
Penyanyi itu berkata merakamkan lagu selama 20 minit itu merupakan pengalaman baharu bagi dirinya kerana beliau perlu mendengar dengan teliti  intonasi, sebutan dan lirik lagu itu.

Namun, menurutnya, sebagai seorang artis yang faham tentang melodi, banyak  membantunya dalam menyanyikan lagu itu.

Pada pertandingan akhir itu, Siti bersama-sama beberapa artis terkenal menyanyikan lagu Nenje Ezhu pada persembahan pembukaan.

Program International Super Star 2015 berobjektif melahirkan bakat terbaik dalam nyanyian di negara ini membabitkan tiga kumpulan dengan peserta daripada setiap kumpulan perlu bersaing untuk menjulang gelaran super star dengan bantuan mentor masing-masing.

Pertandingan tahunan kali-15 itu buat julung kalinya dianjurkan pada peringkat global dengan penyertaan daripada lima negara iaitu Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.

Pasukan Vellithirai muncul juara dan membawa pulang USD100,000 (RM406,899), manakala pasukan "Vinmeen" dan "Vaanavil" yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga menerima USD70,000 (RM284,829) dan USD40,000 (RM162,759). - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Siti Nurhaliza , A.R Rahman

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan