Neelofa Sangkal Gosip Cinta Pemuda Inggeris

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 5:30 AM

Neelofa belum bersedia untuk bercinta buat sementara waktu. FOTO: Shaari Che Mat

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon Neelofa menyangkal dakwaan kononnya dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pemuda Inggeris dikenali sebagai Craig Smith.

Noor Neelofa Mohd Noor, 25, sebaliknya menekankan dia masih solo dan tidak berhasrat untuk menjalinkan hubungan cinta dengan sesiapa buat masa ini.

"Saya tiada teman lelaki dan lelaki berkenaan hanyalah sekadar rakan biasa dan tidak lebih daripada itu.

"Malah saya tidak berminat untuk bercinta buat masa ini dan lebih selesa hidup solo," katanya kepada mStar Online.

Neelofa ditemui di set penggambaran telefilem berjudul Wan Embong arahan Amie Maziah terbitan Zeel Production di Taman Botani Bukit Cerakah di sini, Khamis.

Selain Neelofa, drama ini turut dibintangi Faizal Hussien, Vanidah Imran, Izreen Azminda dan Johan As'ari.

Gambar inilah menjadi persoalan selepas Neelofa memuat naik di laman Instagram miliknya.

Ia bakal disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada September depan bersempena Hari Malaysia.

Dalam pada itu mengulas tindakannya memuat naik gambar bersama Craig ketika bercuti di London Neelofa berkata, mereka berdua adalah kawan.

"Saya sebenarnya sudah mengenali Craig agak lama sebelum ini malah kami juga pernah bekerjasama memandangkan dia juga seorang usahawan.

"Ketika bercuti di London kebetulan kami bertemu dan meluangkan masa bersama dengan rakan-rakan lain," jelasnya.

Dalam pada itu, Neelofa berkata, buat masa ini dia ingin bermuhasabah diri dengan mengikhlaskan hatinya sendiri sebelum menerima kehadiran lelaki dalam hidupnya.

Jelasnya, jika dia bercinta kelak dia berharap dapat bertemu dengan seorang lelaki yang mempunyai hala tujuan dalam hubungan dibina.

"Saya tiada cirri-ciri tertentu yang dicari dalam diri seorang lelaki tetapi mestilah ada keserasian dan hubungan tersebut menuju ke alam perkahwinan.

"Sebab itu buat masa ini saya selesa sendiri dan ikhlaskan hati sendiri terlebih dahulu sebelum benar-benar bersedia untuk kembali bercinta," jelasnya.

Neelofa bagaimanapun tidak menafikan ada lelaki yang cuba mendekatinya namun dia segera memberi tindak balas tidak berminat kerana bimbang menimbulkan salah faham.

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai penglibatannya dalam telefilem Wan Embong, Neelofa berkata, ia adalah drama keduanya sejak kembali aktif dalam bidang lakonan awal tahun ini.

Dia juga teruja berlakon dalam drama berkenaan kerana watak sebagai Wan Embong sangat mencabar yang memerlukannya bermain dengan emosi.

"Wan Embong adalah kisah cinta epik dan dalam cerita ini skrip saya tidak banyak tetapi perlu bermain dengan ekspresi wajah dan emosi.

"Selain itu barisan pelakon yang hebat membuatkan saya terima untuk sama-sama menjayakan projek ini," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Neelofa

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan