Izreen Azminda Tiada Dendam Terhadap Bekas Kekasih

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 12:53 PM

Izreen Azminda bakal muncul dalam telefilem Wan Embong arahan Amie Maziah. Foto THE STAR/SHARI CHE MAT.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pelakon Izreen Azminda tidak pernah menyimpan sebarang dendam terhadap beberapa artis lelaki yang pernah dikaitkan sebagai kekasihnya sebelum ini termasuklah Johan As'ari.

Sebaliknya kata Izreen, 30, tahun ini merupakan 'reunion' buatnya bersama mereka apabila bergandingan dalam projek drama bersiri dan telefilem.

"Seperti sekarang saya sedang berlakon di samping Johan As'ari dalam drama Wan Embong dan ia merupakan projek kedua kami selepas berpisah dahulu.

"Saya juga ada projek bersama Amar Baharin baru-baru ini malah saya pernah berlakon drama bawah arahan bekas suami saya tanpa sebarang masalah," katanya kepada mStar Online.

Izreen ditemui di set penggambaran telefilem berjudul Wan Embong arahan Amie Maziah terbitan Zeel Production di Taman Botani Bukit Cerakah di sini, Khamis.

Selain Izreen dan Johan drama ini turut dibintangi Faizal Hussien, Vanidah Imran dan Neelofa.

Ia bakal disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada September depan bersempena Hari Malaysia.

Izreen sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan Johan dan Amar Baharin namun hubungan itu sekadar separuh jalan.

Izreen teruja dapat bergandingan dengan Faizal Hussien.

Dalam pada itu, Izreen berkata, sebagai seorang pelakon dia perlu bersikap profesional tambahan pula industri hiburan tidak besar.

"Alhamdulillah kami semua dapat bekerjasama dengan baik kerana masing-masing tidak terbawa-bawa dengan kisah peribadi ke set penggambaran.

"Pusing-pusing akan jumpa juga jadi buat apa hendak menyimpan dendam atau bermasam muka kerana paling penting perlu ikhlas dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab diberikan," ujarnya.

Sementara itu, Izreen berkata, dia seakan tidak percaya dapat bergandingan dengan pelakon terkenal, Faizal Hussien yang menjadi suaminya dalam drama Wan Embong.

Izreen berkata, biarpun gemuruh berhadapan dengan Faizal namun berasa lega aktor yang terkenal menerusi filem Gila-Gila Remaja itu seorang yang peramah dan tenang ketika berada di set penggambaran.

"Saya memang peminatnya sejak dahulu lagi dan peluang bekerjasama dengannya sebenarnya bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

"Pertama kali di set penggambaran bersamanya memang gemuruh tetapi Faizal seorang yang 'cool' dan banyak ilmu yang saya kutip daripadanya," ujarnya.
Tags / Kata Kunci: Izreen Azminda , Wan Embong.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan