FFM 27: Ada Hikmah Disebalik Berhijab - Eja

Diterbitkan: Jumaat, 14 Ogos 2015 12:35 AM

Eja kelihatan manis dan ayu selepas bertudung. Foto dari Instagram milik Eja.

(Ubah saiz teks)


PETALING JAYA:
Pelakon Eja berkata, pemilihannya sebagai Pelakon Pembantu Wanita terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke 27 (FFM 27) adalah hikmahnya berhijab untuk filem itu, Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Eja atau nama sebenarnya Siti Shahrizah Saifuddin, 43, berkata, ada kisah disebalik penglibatannya dalam filem arahan Bernad Chauly itu apabila dia pada mulanya menolak tawaran berkenaan selepas membuat keputusan berhijab.

“Semasa saya ditawarkan berlakon filem itu, kira-kira tiga tahun lalu saya belum berhijab. Bagaimanapun ketika saya mengerjakan umrah dan memakai tudung, akhirnya saya memutuskan untuk menolak tawaran itu kerana saya fikirkan akan disuruh buka tudung jika mahu menerima tawaran berkenaan,” kata Eja kepada mStar Online.

Bagaimanapun menurut Eja, dia terkejut apabila Bernard tidak menghalangnya untuk berlakon walaupun dia bertukar imej dengan alasan watak Kak Aida dalam filem berkenaan hanya sesuai untuk dilakonkan Eja.

Ujar Eja lagi, keikhlasan Bernard untuk menerimanya dalam filem itu benar-benar membuatkan dia terharu apatah lagi lakonannya mendapat pengiktirafan juri sehingga dicalonkan dalam FFM 27 yang bakal berlangsung pada 5 September depan.

“Saya lihat Bernard benar-benar ikhlas mahukan saya berlakon dalam karyanya walaupun dia bukan Islam yang melihat perubahan imej saya ketika itu tidak menggugat karyanya,” ujar Eja.

Tambah Eja pencalonan dalam top 5 festival berkenaan juga adalah satu rahmat dan rezeki mungkin kerana berkat perubahannya berhijab dalam filem berkenaan.

Poster Manisnya Cinta Di Cappadocia.

Katanya, walaupun terpaksa bersaing dengan empat lagi pelakon iaitu Izara Aishah (Sejoli), Fazura (Kami Histeria), Ayu Raudhah (Lagenda Budak Setan 3) dan Nadiya Nissa (Terbaik Dari Langit), Eja menyerahkan segalanya kepada takdir.

Walaupun pernah memenangi Pelakon Filem Wanita Terbaik menerusi filem Janin pada tahun 2011, ia bukan bermakna pesaing-pesaingnya yang lebih muda tidak hebat.

“Semua pencabar-pencabar saya dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik adalah pelakon yang hebat-hebat belaka. Saya menyerahkan kepada rezeki kepada Allah untuk FFM kali ini,” katanya.

Malam Perasmian FFM 27 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 2 September depan manakala acara kemuncaknya pula pada 5 September 2015 di lokasi yang sama.

Ia akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria bermula puku 8.30 malam dan siaran tertunda menerusi RTM.

Sebanyak 24 kategori dipertandingkan dalam FFM 27 kali ini yang membawa tema Sehati Sejiwa.
Tags / Kata Kunci: Eja , FFM 27

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan